Artikel ini dipetik daripada satu bab yang terdapat dalam buku ‘Catatan Seorang Banduan(Kita Yang Bersalah Bangkitlah)’.Paparan ini adalah sebagai satu perkongsian keatas perkara-perkara yang diharap boleh membawa kebaikan kepada semua pihak.
Penghantar
-Sharmeyla-
Waris Penulis
LAGU DAN PERFUME
Pernahkah anda di dalam situasi seperti ini. Ketika anda sedang duduk di satu tempat tiba-tiba melintas seseorang yang anda tidak kenali namun memakai perfume yang harumannya mengingatkan anda pada seseorang yang istimewa yang telah bertahun-tahun anda tidak temui samada anda tahu dia berada di mana atau tidak.Ingatan yang tiba-tiba itu tadi adalah kerana orang yang istimewa tersebut menggunakan perfume yang sama sepertimana yang anda tercium sebentar tadi.Ianya bukan sekadar ingatan,tetapi pasti ianya telah menyelongkar semua kenangan terindah dalam bentuk peristiwa dan apa saja walaupun pastinya ada diantara kenangan-kenangan tersebut bukan bersifat manis semata-mata.
Begitulah juga dengan lagu.pasti semua dari kita mengakui hakikat ini.Di mana dengan sebuah lagu yang kita dengar dan berkumandang di suatu tempat dan waktu yang berbeza mampu membawa kita ke satu tempat dan waktu yang jauh daripada tempat di mana kita mendengar lagu tersebut.
Benarkah?
Ya.Dengan satu lagu kita mampu kembali kepada 10 tahun kehidupan kita yang lalu,mungkin juga berbelas tahun malah berpuluh tahun.Mungkin saat mula kita mendengar lagu tersebut kita berada disatu tempat atau sedang bersama seseorang yang istimewa.Ingatan-ingatan yang dicetuskan oleh sebuah lagu jua akan berlegar-legar pada kepada kenangan dan nostalgia.Ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa saja.Aku sendiri tidak dapat lari dari hubungan dengan kedua perkara ini.Pada usia 40an ketika ini,mendengar lagu-lagu lama seperti ‘masih aku terasa’-gersang,Jemala kasih-Utopia,Suci dalam Debu-Iklim dan banyak lagi lagu-lagu yang pernah dan masih
popular sehingga kini telah cukup membawa aku kembali pada awal 90an dulu di mana ketika usia muda pada masa itu dan bertugas sebagai seorang guru di sebuah kampung di Kota Belud.
Manisnya semua kenangan itu….
Hanya dengan sebuah lagu diri terasa kembali berada ditengah-tengah nostalgia dan kehidupan ketika itu yang memaparkan segala peristiwa dan semua wajah-wajah yang pernah bersama walaupun ianya telah berlalu lebih 20 tahun lamanya.
Lagu dan perfume?
Memang benar.Kedua-duanya telah mengekalkan ingatan dan kerinduan pada seorang wanita yang cukup istimewa ketika itu dan selama-lamanya aku kirakan.Percintaan diusia muda tidak terpisah dengan permainan lagu jiwang ketika itu.Ketiadaan peralatan canggih seperti telefon bimbit,email dan lain-lain memberikan kita ruang dan peluang yang terbatas untuk memperkayakan hubungan cinta.Maka lagu adalah elemen penting.Hanya dengan lagu setiap rasa dan rindu dipaparkan samada diperdengarkan atau dinyanyikan sendiri dalam majlis-majlis tertentu.Aku teringat pada satu pesta muzik sekolah-sekolah rendah 1991.Lagu Suci Dalam Debu itulah yang aku dedikasikan pada seorang wanita yang dicintai.Aku tidak terlepas dari semua ini.Mengenali seorang wanita dan bercinta.Percintaan yang cukup hebat dirasakan sehingga tiada perkara yang mampu menjadi halangan kepada kami ketika itu.Pertemuan secara sulit yang kadang-kadang membawa aku ke tempat tinggalnya di sebuah asrama desa ataupun ada waktunya kami akan berada di perbukitan Manggaris berjalan-jalan sambil menikmati suasana petang.Semuanya beriring dengan lagu-lagu Utopia dan aroma perfume yang digunakannya.Dalam semua kelekaan dan keasyikan kami lupa pada segala-galanya yang berpotensi menjadi penghalang ketika itu sehingga pada satu peringkat kami terpaksa membuat keputusan untuk meleraikan hubungan tersebut walaupun terpaksa.Namun kata orang jodoh pertemuan adalah ditangan Tuhan dan kami berjaya juga disatukan.Hari ini dia telah terpisah jauh dari aku namun seperkara yang tidak mampu aku lupakan sehingga kini ialah wangiannya.Maksudnya aroma dari perfume yang digunakannya pada setiap pertemuan kami ketika itu kekal bersama aku sehingga berpuluh tahun lamanya
walaupun aku dan dia telah membawa haluan masing-masing.Selepas sekian lama pun bila aku tercium aroma itu di mana-mana pasti ingatan akan kembali padanya.
Lagu?
Ya..bila terdengar lagu-lagu yang pernah mengiringi kehangatan percintaan kami suatu ketika dulu pasti mengimbau nostalgia ketika aku bersama dengan dia.Begitulah juga pada sesiapa saja dan setiap perkara yang boleh dikatakan istimewa dalam hidup ini.Lagu dan perfume akan segarkan semula semua ingatan yang mungkin sebahagiannya telah hampir pudar.Aku yakin semua dari kita pernah mengalami perkara yang sama.
Apa itu lagu dan perfume?
Lagu merupakan salah satu bentuk komunikasi yang telah bermula sejak berkurun lamanya.Ianya satu bentuk penyampaian yang mempunyai melodi.Samada ianya bersifat melodi tunggal(instrumental)atau melodi yang disertakan dengan lirik/senikata.Mungkin apa yang membezakan lagu pada setiap zamannya ialah hanya pada pembaharuan penciptaan sesebuah lagu itu atau pada instrument/peralatan yang digunakan untuk mencipta lagu tersebut.Lagu mempunyai makna dan mesej yang pelbagai termasuk pada rentak dan melodinya.Tema-tema seperti percintaan dan keTuhanan banyak memonopoli lagu-lagu yang ada di pasaran sekarang ini.
Perfume pula ialah sejenis wangian yang telah digunakan oleh manusia.Penghasilannya kebanyakan dari bahan-bahan semulajadi.Seiring dengan kemodenan dunia, industri ini juga turut berkembang.Perfume ada pelbagai variasi dan aroma.Ada yang mahal dan murah.Jenama seperti Dunhill,Polo,Drakkar,1Million dan sebagainya adalah perfume-perfume mewah yang masih kekal dalam pasaran sehingga kini.Dan begitulah juga dengan ratusan jenama lain yang mungkin jauh lebih rendah dari segi kualiti dan harga.Pilihan pemakaian adalah tertakluk pada minat dan kemampuan individu.Maka itulah penggunaan yang konsisten dan berterusan pada satu-satu jenis perfume oleh seseorang itu mampu menjadikan ia sebahagian daripada identiti individu tersebut.Ia akan lebih memudahkan kita untuk mengenali atau mengingatinya hanya berdasarkan haruman.
Kenapa lagu dan perfume?
Ini persoalannya.Kenapa ia terlalu sinonim dengan nostalgia,ingatan dan kenangan.Sedangkan kita tahu bahawa kenangan juga boleh diabadikan dalam bentuk lain yang lebih kekal dan nampak berkesan seperti potret,rakaman dan objek(hadiah,cenderahati dll)Kita kembali pada sifat atau makna kenangan itu sendiri.Kenangan atau nostalgia adalah perkara-perkara yang pernah dilakukan dan telah pun berlalu.Ia meliputi banyak aspek dalam kehidupan.Perkara yang berada di depan dalam bentuk jangkaan atau ramalan itu tidak boleh disebut sebagai kenangan.Contoh;anda pernah menjuarai satu pertandingan nyanyian 4 tahun yang lalu.Peristiwa itu telah menjadi kenangan pada anda.Situasi yang lainnya pula ialah,anda akan memasuki pertandingan nyanyian pada bulan depan dan reputasi anda yang baik menyebabkan ramalan untuk menjadi juara tertumpu pada anda.Anda mula membayangkan tentang kemenangan itu.Bayangan itu bukanlah satu bentuk kenangan kerana ia belum pun berlaku.Seperti yang telah disebutkan tadi,kenangan itu boleh diabadikan melalui pelbagai cara.Salah satunya ialah melalui pengabadian pandang.Maksudnya diabadikan melalui perkara-perkara yang boleh dilihat seperti gambar dan video.Selain daripada itu dalam bentuk objek seperti cenderahati,hadiah dan sebagainya yang boleh kita tatap semula bila merindui situasi yang berlalu itu.Namun walau dalam bentuk kekal sekali pun kenangan itu diabadikan,ianya tidak mampu menandingi keistimewaan mengingati seseorang atau sesuatu melalui lagu dan perfume.Di sana ada satu rasa ‘sentemental’ yang sukar digambarkan.Ini kerana lagu dan perfume adalah dua unsur dan elemen yang berkaitan dengan deria hidu dan dengar.Dalam sistem tubuh kita sebagai manusia ini deria hidu dan dengar adalah diantara deria yang sensitif yang secara terus menyalurkan maklumat ke dalam otak dan menyimpannya untuk tempoh yang lama.Ini kerana otak merupakan organ yang sangat istimewa.Di dalamnya terdapat sel yang dipanggil synapse dengan otak itu sendiri terbahagi kepada beberapa daerah yang mewakili bahagian tertentu.Daerah 1-(penumpuan-deria bau) dan daerah 3-(pendengaran).Otak mammalian yang menjadi satu daripada cabang synapse itu adalah berperanan sebagai alat pengingat.Itulah setiap perkara yang dihidu dan didengar kekal selama-lamanya melalui sistem saraf
dan daerah tertentu pada otak.Sebab itulah pada contoh lain sejak kecil kita tahu apa itu kopi bukan saja dari segi rasa dan warnanya tetapi dari segi aromanya.dari usia kita ketika kanak-kanak kita telah tahu bagaimana wangian kopi sehinggalah kita tua itulah aroma yang sama kekal di dalam pengetahuan kita.Ini kerana ianya telah terakam sebegitu di dalam otak kita.
Bagaimana dengan kehidupan kita sebagai seorang pesalah,banduan dan penghuni di dalam penjara ini?Walau dalam bentuk apa sekali pun kehidupan yang terpaksa kita lalui pada hari ini namun kita tetap tergolong dalam kelompok manusia biasa yang masih mempunyai perasaan dan jiwa.Sudah pasti juga dalam kita meniti tangga-tangga kedewasaan ini kita telah melaluinya dengan pelbagai cara yang sudah tentu juga telah meninggalkan kenangan.Pahit atau manis kenangan itu tertakluk pada bagaimana kita telah melaluinya sebelum ini.Walau hari ini kita berada di dalam sebuah kurungan akibat pemenjaraan,Kita tidak dapat lari daripada mencipta kenangan demi kenangan.Perkara utama yang seharusnya diingati ialah,bagaimana kita boleh ‘tersungkur’hari ini sehingga terpaksa menjadi penghuni penjara yang amat menyukarkan ini.Kenangkan pada kebodohan dan kejahatan yang pernah kita perlakukan.Walaupun mengingati perkara-perkara sebegini pasti pahit kerana akibat daripada semua itu juga pahit namun,ia amat berguna sebenarnya dalam kita berusaha membaiki hidup dan belajar daripada semua kesilapan lalu.Sedih sebenarnya bila kadang-kadang memikirkan tentang kehidupan yang begini.Di penjara ini kadang-kadang kita berpeluang juga untuk mendengar lagu-lagu dari corong radio yang dikhususkan untuk pegawai bertugas.Berkesempatan mendengar lagu-lagu lama yang kadangkala berkait dengan kehidupan sewaktu bebas dulu benar-benar mengimbau nostalgia.Perasaan sayu dan terharu tidak mampu disingkirkan apatah lagi lagu-lagu lama yang kadangkala terdengar membawa hati dan perasaan ‘terbang’sebentar ke sisi orang-orang yang kita sayangi di luar sana.Rasa itu terlalu kuat namun berpijak pada hakikat diri yang berada dalam satu tempat yang berdindingkan batu membuatkan kita hanya mampu mengeluh dan terus mengeluh akibat rasa rindu yang terlalu dalam.Semua perkara-perkara begini sepatutnya menjadikan kita lebih matang dan menjadi seorang yang mahu berfikir.Keutamaan kita seharusnya ialah mengingati sejarah dan kenangan pahit yang lalu dan berazam untuk memperbetulkannya jika kita
dibebaskan kelak.Hanya mengenang dan terharu saja tidak mencukupi untuk kita menghindari semua kesilapan-kesilapan ini.
Kepada para pesalah,
Sebagaimana kehidupan kita pada hari ini,sudah pasti juga pada suatu hari nanti kehidupan kita di dalam penjara ini juga akan terakam menjadi satu kenangan pada masa depan.Waktu itu mungkin kita sudah dibebaskan dan telah memulakan langkah untuk sebuah kehidupan baru.Kemanakah halatuju kita pada masa itu adalah bergantung pada bagaimana untuk kita memandu arahnya.Percayalah,pasti ada lagu dan aroma tertentu pada waktu itu yang pernah kita dengar ,dendangkan dan hidu dalam penjara akan menjadi pengingat kepada semua peristiwa pemenjaraan kita ini.Masanya akan tiba jua.Ketika itulah kita akan kembali mengenang betapa hari-hari sukar yang pernah kita lalui.Tidur bersesak,makan bercatu,mandi dan pakaian yang berjadual dan terhad srta bermacam kesukaran-kesukaran lain yang melibatkan perasaan.Mengenang pada ketika itu tidak mencukupi dan tidak membantu.Kita harus mengambil iktibar agar jalan berikutnya yang kita tuju membawa kita kearah yang betul.Begitulah lagu dan perfume berperanan dalam hidup kita ini.Pada aspek kehidupan,percintaan,pencarian,kebahagiaan dan kekecewaan semuanya saling berkait.Lagu dan perfume elemen yang cukup kuat mengusik jiwa siapa saja diantara kita.Lagu-lagu retro pastinya pada kenangan yang lebih lama begitulah juga pada lagu-lagu baru.
Para pesalah dan pembaca budiman,
Perhatikan pada perfume yang anda sering gunakan hari ini dan lagu yang anda dendangkan atau anda dedikasikan pada orang lain.Ia akan menyebabkan anda dan orang lain itu akan menangis serta merindui pada masa depan dan dalam situasi yang tidak memihak.
Kepada para pesalah..bangkitlah dari masa silam yang kelam.
HR NafieYb
No comments:
Post a Comment