Artikel ini dipetik daripada satu bab yang terdapat dalam buku ‘Catatan Seorang Banduan(Kita Yang Bersalah Bangkitlah)’.Paparan ini adalah sebagai satu perkongsian keatas perkara-perkara yang diharap boleh membawa kebaikan kepada semua pihak.
Penghantar
-Sharmeyla-
KENALI DIRI….SAYANGI DIRI
Siapa kita?
Siapakah kita hari ini?
Perhatikah kepada dua soalan ini.Jawaban pada soalan itu mudah agaknya pada semua orang.Siapa kita?Dengan mudahnya orang akan menjawab kita ialah manusia yang hidup melata di atas muka bumi ini.Bekerja dan berusaha,makan dan minum untuk sesuatu yang bernama kehidupan.Itu adalah perkara umum yang dilakukan oleh kita sebagai seorang manusia.Dan untuk hidup kita memerlukan semua itu serta banyak lagi perkara lain yang harus ada dekat pada kita untuk terus berjaya hidup sebagai manusia.Aku yakin,ini semua kita tahu.
Siapakah kita hari ini?
Soalan ini agak dalam maknanya.Jika kita tahu bahawa kita adalah seorang manusia yang berjuang dalam kepelbagaian perkara demi hidup,maka,soalan ini kita tanya pada diri kita.Dengan merenung sejenak,dengan bertanya pada diri sendiri dengan soalan ini akan membantu kita untuk mengetahui atau mengenal diri sendiri atas segala pencapaian,kecemerlangan mahupun segala kekurangan dan kepincangan.Ini diibaratkan seperti ‘henti dan periksa’.Jangan hanya terlalu asyik menjalani hidup tanpa
kita sedari dimana kedudukan atau arah tuju kehidupan yang kita sedang lalui itu.Adakalanya akibat keseronokan kita memikirkan bahawa diri dan kehidupan yang sedang kita jalani itu berada dalam keadaan yang berkualiti atau menuju kegemilangan.Hakikatnya kita sedang menuju ke arah kerosakan dan kebinasaan.Ibarat kita memandu kereta dan menggunakannya setiap hari untuk perjalanan jauh dan dekat.Pada satu tahap kereta tersebut harus diperiksa bagi menentukan atau memastikan ianya tetap baik dan mampu bertahan pada kondisi yang kita inginkan.Jika lupa tentang pemeriksaan begini,akhirnya tanpa kita sedari kereta tersebut akan rosak dengan tiba-tiba dan pastinya akan menyusahkan.Begitulah pada diri dan hidup ini.Pandang seketika apa yang telah kita jalani.Lihat pada diri dimanakah kita berada dalam ertikata tahap dan pencapaian.Seperti yang aku katakan tadi bukan kita tersalah anggap bahawa hidup yang kita jalani dengan segala bentuk keseronokan itu adalah berkualiti dan cemerlang.Contohnya,kita banyak duit,hidup kita hidup mewah dengan perolehan yang kita usahakan.Tetapi tanpa sedar pendapatan atau penghasilan yang kita perolehi itu telah tersasar dari landasan samada kita sedari atau tidak.Mungkin kerana inginkan kemewahan tersebut kita telah melakukan sesuatu urusan yang tidak betul.Mungkin kita telah menipu,pecah amanah atau apa-apa jua perkara yang salah tetapi pada tanggapan kita merupakan satu kebiasaan.Ini akhirnya menjadi parah kerana ia adalah satu kesalahan.Sebelum ianya memakan diri kita harus berhenti.Bagaimana kita berhenti?Dengan memeriksa diri,kenali diri dan kehidupan yang kita jalani.Percayalah kegagalan kita untuk mengenal diri akan menggagalkan banyak perkara termasuk sistem kehidupan secara keseluruhan.Ini tidak dapat dielakkan kerana didalam diri kita ini banyak unsur-unsur yang bergabung yang membentuk sikap dan perwatakan.Yang pasti ianya akan terbahagi kepada dua perkara iaitu baik dan jahat.Disinilah kepentingannya untuk sentiasa memeriksa diri dengan tujuan untuk mengenal semaksimumnya siapa kita.Jika kita memiliki banyak unsur-unsur baik.Alhamdulillah.Dengan mengenal diri kita akan dapat mencari jalan untuk terus mengekalkan semua unsur kebaikan itu.Jika sebaliknya pula,kita dapati atau baru menyedari bahawa didalam diri kita itu banyak unsur-unsur jahat.Sekurang-kurangnya dengan cuba mengenal diri kita dapat mengusahakan sesuatu untuk membuang atau memperbaiki semua kepincangan itu sebelum ianya menjadi terlambat dan
memudaratkan.Dalam ertikata lain,mengenal diri bermakna mencari siapakah diri kita yang sebenar.Arah manakah jalan yang harus kita tuju dan perlu diikuti.Kekerapan untuk sentiasa cuba mengenal diri melalui pelbagai pendekatan akan membantu kita untuk mencari arah yang betul dalam kehidupan dan seterusnya dapat memastikan siapa dan apakah kita dan potensi yang ada dalam diri.Kalau bukan kita sendiri,siapakah yang kita harapkan untuk mengenal kita.Ayah? ibu? rakan? guru?abang?kakak?adik?saudara mara?.Sedangkan ibu yang mengandung dan melahirkan kita pun sukar untuk mengenal diri kita dalam ertikata yang sebenarnya(sikap dan tingkahlaku).Apatah lagi orang lain.Kalau mereka kenalpun mungkin hanya pada perkara-perkara tertentu yang bersifat luaran.Maka tidak hairanlah seorang ayah atau ibu yang memelihara dan mengasuh kita sejak merah bersama harapan untuk menjadikan kita seseorang yang diinginkan mereka(pastinya yang terbaik)tetapi apabila tiba masanya untuk kita mempersembahkan sesuatu dari kehidupan,mereka mendapat yang sebaliknya.Kita menjadi orang yang terpesong dan jahat.Ini bermakna,mereka pun tidak cukup mengenal apa yang ada pada diri kita sepenuhnya.Semuanya terpulang kepada diri sendiri juga untuk menetapkan semua arah tuju dalam kehidupan.Aku mengambil contoh pada diri sendiri,dalam sejarah kehidupan lalu daripada zaman persekolahan,remaja dan menjadi dewasa,aku merasakan aku adalah seorang yang sangat hebat.Bijak dan pintar didalam pelajaran dan didalam dunia kedewasaan aku menjalani hidup dengan penuh keseronokan dan boleh dikatakan telah melalui peringkat-peringkat yang dikatakan mewah.Aku merasakan bahawa aku telah melalui satu kehidupan yang betul.Aku yakin dan memikirkan bahawa apa jua yang aku lakukan adalah betul berdasarkan pada pandangan kasar sistem hidup aku berjalan lancar.Mampu berkereta mewah,melancong sehingga ke luar negara.Berbuat itu dan ini sesuka hati.Sedangkan tanpa aku sedar sudah lama sebenarnya ketika itu aku telah jauh tersasar dari landasan kehidupan.Akhirnya bila aku mula menyedari semua itu,ianya sudah agak terlambat.Lalu pengakhirannya amat mendukacitakan.Aku ke penjara atas perbuatan sendiri.Semua ini aku akui adalah kerana aku tidak pernah cuba untuk mengenal diri.Aku tidak pernah cuba untuk mengenal potensi kebaikan yang ada pada diri selama itu.Sayang bukan?Dengan kepintaran,dengan segala bentuk sokongan yang ada yang
sepatutnya telah melonjakkan diri ke satu tahap pencapaian yang tinggi pada ketika itu telah menjadi sia-sia begitu saja.Semua ini telah menjadi catatan sejarah dalam hidup yang amat melukakan.Bukan saja pada diri tetapi kepada banyak perkara lain.Setelah sedar dari ‘lena’ yang panjang dan berada disatu jurang yang dalam ianya telah menumpahkan begitu banyak airmata.Keluarga berantakan,maruah berkecai,kerjaya lenyap begitu saja.Ada pengajaran yang begitu besar disitu.Itu hanya sedikit yang aku ceritakan.Insyallah,didalam buku ini akan dinyatakan sebanyak mungkin perkara yang berkait dengan pengalaman hidup untuk kita sama-sama mencari dimanakah kebaikan itu.
Kepada para pesalah dan semua pembaca,bagaimanakah caranya untuk kita kenali diri?Aku cuba memberikan cara dan bagaimana untuk kita mengenal diri berdasarkan kepada apa yang telah dilalui.Bagaimana aku mula cuba bangun dan kenali diri sendiri setelah melalui satu fasa kejatuhan yang agak teruk. Kaedah utama yang tidak dapat disangkal keberkesanannya ialah kembali kepadaNya.Mengenal Allah.Cuba perhatikan apa yang telah Dia tentukan pada diri kita. Bagaimana untuk kita mencari atau mengharapkan ketentuan keatas kita itu merupakan perkara-perkara yang membawa kebaikan. Jika hari ini kita adalah seorang guru,peguam,doktor ,ahli perniagaan ataupun apa-apa jua golongan yang memiliki satu kualiti hidup yang baik. Alhamdulillah. Bersyukurlah.Pertahankan semua itu dengan mengenali diri.Allah telah menentukan satu kehidupan yang baik kepada kita.Jika kita terus mengenal diri dengan dekat kepada Allah SWT sebagai panduannya,semua ini akan terus kekal.Tetapi jika kita abaikan dua perkara ini,enggan kenali diri,enggan mendekatkan diri kepada Allah,jangan hairan pada suatu hari semua ini akan hilang tanpa kita duga.Tidak kira betapa hebatnya pun kita ketika ini.Semuanya akan mampu berubah sekelip mata.Kehebatan akan bertukar kehancuran.Kemegahan akan bertukar kejatuhan.Kebanggaan akan menjadi kehinaan.Semua ini boleh terjadi jika kita enggan untuk mengenal diri,mengenal siapa Pencipta kita yang telah menetapkan semua ini.Ini bukan amaran kosong.Banyak buktinya.Tempat yang paling sesuai mencari bukti-bukti sebegini adalah di penjara.Aku sering berjumpa dengan ramai pesalah yang memiliki kehidupan yang begitu sempurna jika dilihat dari mata kasar dan jenis pekerjaan
mereka sewaktu di luar dulu.Contohnya,pada bulan mei 2014 aku menyambut seorang yang ditempatkan di blok dimana aku ditempatkan.Pihak penjara sebelum itu telah menempatkan beliau secara berasingan di sel khas untuk pesalah yang pernah bergelar kakitangan kerajaan.Dia berjawatan pengarah di sebuah jabatan kerajaan dan berkelulusan kejuruteraan.Hebat bukan?Tetapi kenapa beliau juga jatuh sebagai seorang pesalah/ banduan dan menjalani hukuman di dalam penjara sepertimana orang lain?.Ini semua kerana beliau mungkin alpa dan gagal untuk mengenal diri.Menggunakan kuasa yang ada ditangan untuk membantu orang lain melalui cara yang tidak betul.Barangkali beliau teraniaya kerana terlalu percayakan orang lain.Namun jika betul-betul mengenal diri kita dengan mengetahui setiap batasan yang boleh atau tidak dilakukan,perkara sebegini boleh dielak.Nampak?Bagaimana sebuah kehebatan yang kita fikirkan itu bertukar musnah hanya dengan satu kesilapan.Jika hari ini anda semua dikelilingi oleh gelak tawa dan gurau senda anak-anak,hargailah semua itu.Hargai anak-anak,hargai isteri anda yang telah bersusah payah dengan kita selama ini.Pertahankan semua kegembiraan itu.Semuanya dipandu oleh kita sendiri.Kenali diri anda.Andai gagal kenali diri,kita juga boleh diibaratkan gagal dalam mengenal kehidupan ini.Apa yang patut dan tidak pasti akan terlepas pandang dan tertolak ke tepi.Jangan sampai suatu hari nanti kita kehilangan gelak tawa,gurau senda anak-anak.Kita kehilangan kasih sayang seorang wanita bergelar isteri.Pada waktu itu baru kita sedar bahawa kita berada disuatu tempat yang amat sunyi dan penuh kerinduan.Semua ini amat menyiksakan.Percayalah.Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan sebagai gambaran betapa saat kehilangan semua ini akibat dipenjarakan begitu menyakitkan.Maka itulah jauhi segala kebodohan itu.Jangan terlalu mengikut nafsu didalam diri kita sehingga kita lupa pada kebaikan.Sehingga kita tidak lagi mampu mengenali siapa kita,siapa diri kita dan bagaimana sepatutnya kita menjalani hidup ini.Jangan sampai kita hanya menjadi pak turut atau peniru ke atas semua perkara.Kerana kadang-kadang apa yang kita lihat itu tidak seindah kenyataan.Apa yang kita tinggalkan untuk mengejar sesuatu yang lain adakalanya tidak sepertimana yang diharapkan.Kita mudah tertipu pada keadaan sekeliling.Ini semua akan menimbulkan kekacauan dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia.Pada suatu ketika dulu aku suka menuturkan kata-kata ini kepada seseorang yang aku sayangi “
Adakalanya sesuatu itu bila didepan mata kita tidak menghargainya.Bila ia jauh dan sukar digapai kita merasa suatu kehilangan yang teramat besar dan mula tercari-cari”.Renungkan kata-kata ini.Semoga ianya dapat memberikan sesuatu.
Para pesalah dan pembaca budiman,
Selain daripada kembali kepada Allah sebagai landasan untuk kita kenali diri,kita juga harus mengambil pendekatan sayangkan diri.Dalam kehidupan ini kita banyak menyayangi perkara-perkara tertentu yang ada disekeliling kita.Kita sayangkan wanita,kita sayangkan harta dan wang ringgit,kita sayangkan pekerjaan dan kerjaya.Bila kita menyayangi seorang wanita yang bergelar kekasih,kita sanggup lakukan apa saja sehingga sanggup mengenepikan sebarang halangan termasuk dari orang-orang terdekat dengan kita atau apa jua yang bakal mengguggat rasa sayang tersebut.Segalanya kita akan perjuang dan pertahankan walau melibatkan nyawa sekalipun.Begitu besarnya pengertian sayang,begitu hebatnya perasaan kasih dan cinta pada kekasih kita sehingga kita biasa dengar kata-kata pujangga seperti ‘Lautan api sanggup direnangi’..’Gunung tinggi sanggup didaki’..’Tidur tak lena’..’Mandi tak basah’ sanggup menggapai bulan,matahari dan bermacam lagi perumpaan yang menunjukkan betapa kuatnya erti sayang tersebut.Sepertimana kisah seorang yang aku kenali.Kisah cintanya begitu hebat dan dahsyat.Walaupun telah berumahtangga selama 20 tahun.Memiliki seorang isteri yang baik dan bekerjaya.Mempunyai anak-anak yang baik dan bijak.Pendek kata dia memiliki segala-galanya atas nama sebuah rumahtangga.Namun kerana sayangkan seorang wanita lain yang jauh lebih muda,dia sanggup ketepikan semua kebahagiaan yang mereka bina selama ini demi mengejar cinta wanita tersebut.Bayangkan,kesanggupan untuk meyingkirkan orang-orang yang dekat dengan beliau hanya kerana cinta dan sayang pada seorang wanita lain.Dan pengakhirannya kecewa jua yang diperolehi.Apa yang difikirkan pada mulanya lebih baik untuk dikejar tidaklah seindah yang disangka.Cinta dan orang baru yang dimiliki akhirnya telah mengecewakannya.Pada satu peringkat semuanya telah terlambat.Ini salah satu contoh bagaimana kita sanggup menjadikan apa saja bila sayangkan sesuatu tanpa memikirkan kesan jangka panjang atas tindakan tersebut.Begitu juga pada perkara berkaitan wang dan harta.Kita sayangkan kedua-dua perkara ini tanpa
batasan.Ini lumrah.Kita sanggup bermusuh dengan siapa saja atas sebab wang dan harta.Kita sanggup melakukan apa jua tindakan demi mengejarnya.Malah ada diantara kita yang lebih parah,sanggup bertuhankan kedua-dua perkara ini(wang dan harta).Sampai begitu sekali kita sayangkan kedua-duanya.Maka tidak hairanlah jika kita selalu mendengar orang berkata “Tiada adik beradik dalam soal wang”.”Tiada saudara mara dalam soal harta”. Ketamakan yang melampau selalunya menguasai kita.Dan semua ketamakan ini muncul atas perasaan sayang yang keterlaluan kepada wang dan harta benda ini.Begitulah seterusnya juga bagaimana kita sayangkan pekerjaan atau kerjaya kita.Kita wajar untuk mencurahkan kasih sayang kita pada pekerjaan atau jawatan yang kita sandang kerana merasakan bahawa telah terlalu banyak kepayahan / kesukaran dalam mengejar impian mencapai keinginan untuk mendapatkan pekerjaan atau sesuatu kerjaya tersebut.Apatah lagi pekerjaan atau kerjaya yang sedang kita lakukan inilah yang menjadi sumber atau penyumbang utama dalam kestabilan hidup kita.Menyayangi semua perkara ini sebenarnya bukanlah suatu kesalahan atau perkara yang ditegah.Asalkan kita berada pada landasan dan masih pada batasan.Sayangkan wanita,tidak salah.Itu fitrah.Sayangkan harta dan wang ringgit kita juga bukanlah salah.Itu memang biasa.Sayangkan pekerjaan / kerjaya pun tidak salah.Itu amanah.sayangilah apa saja yang ada disekeliling kita,yang berlegar dalam hidup kita,yang jauh atau dekat,kecil atau besar,suka atau duka asalkan perkara-perkara tersebut masih memberikan kebaikan dan bukan sebaliknya.Cuma persoalannya ialah adakah kita sayangkan diri sendiri?Jika ditanya soalan begini pasti semua orang akan menjawab..ya..Aku sayangkan diri melebihi segala-galanya.Benarkah?Apakah jawaban yang begitu mudah dalam bentuk lisan ini selari pada perbuatan dan tindakan?Adakah tindakan serta perbuatan yang dilakukan selari dengan kenyataan tersebut yang menunjukkan bahawa kita memang benar-benar sayangkan diri?.Memang kita merasakan bahawa kita sayangkan diri.Sebahagian daripada kita jelas membuktikan yang mereka memang sayangkan diri.Sementara sebahagian lagi bercakap mereka sayangkan diri tetapi perbuatan mereka menunjukkan sebaliknya.Terlalu banyak perkara yang kita lakukan sehingga kita lupa untuk sayangkan diri.Mungkin kita tidak jelas dengan kenyataan begini kerana kita merasakan semua orang mesti sayangkan diri.Mustahil manusia tidak sayangkan diri sendiri.Memang benar,seperti yang
dinyatakan tadi dari segi lisan dan ungkapan.Memang begitu,semua orang sayangkan diri tetapi dari segi perbuatan pula menunjukkan arah yang bertentangan.Terlalu banyak perbuatan yang dilakukan yang membawa kepada kerosakan diri sendiri.Terlalu banyak perbuatan yang tidak sihat /tidak baik yang kita lakukan.Kita membahayakan diri dengan merokok,sedangkan kita sangat tahu bahawa merokok itu boleh membawa penyakit.Kita jadikan arak sebagai teman harian sedangkan kita tahu ianya membawa kerosakan bukan sahaja pada tubuh badan malah tingkah laku dan fikiran.Semua ini contoh-contoh kecil yang sering kita lakukan dalam kehidupan seharian.Kita tidak dapat nafikan hakikat ini.Dua contoh tadi sangat jelas diantara rutin yang sangat-sangat merosakkan diri tetapi masih juga dilakukan.Inikah tanda yang kita sayangkan diri?Apakah membahayakan diri,merosakkan diri itu merupakan nilai yang ada pada sikap sayangkan diri.Bagaimana pula dengan perlakuan besar yang kita lakukan.Membuat kesalahan sehingga ke tahap jenayah.Kita merompak,mencuri,menipu,menghisap dadah dan sebagainya.Bukankah ini suatu perbuatan yang bukan saja menganiaya orang lain tetapi ia juga menganiaya diri sendiri.Apakah penganiayaan ke atas diri sendiri itu merupakan satu ciri yang menggambarkan bahawa kita memang benar sayangkan diri?Pernahkah anda memikirkan soalan ini?Sedangkan apabila kita sayangkan seorang wanita,kita akan jaga ,kita belai dengan sepenuh hati,mengelak diri dan hatinya dari disakiti dan bermacam pemujaan serta pengorbanan sebagai tanda sayang kita.Begitulah juga pada perkara-perkara lain yang kita sayang.Pasti kita akan melakukan sesuatu yang terbaik demi apa yang kita sayangi itu.Tetapi malangnya,ciri-ciri sebegini jarang kita tunjukkan pada diri sendiri.Apakah tanggapan kita bahawa sayang pada diri sendiri itu terarah pada perbuatan yang merosakkan diri sendiri?Ini tidak betul dan harus diperbetulkan.Bagaimana kita menyatakan bahawa kita sayangkan diri dengan membiarkan diri kita ini terkurung di dalam penjara.Kualiti hidup yang patut kita tampilkan dengan penuh bermakna diluar sana kita habiskan di penjara.Disini(penjara) bukanlah tempat yang baik untuk dihuni.Harga diri dan potensi semuanya akan merudum bila berada disini.Tiadalah yang membahagiakan selain daripada derita zahir dan batin semata-mata.Kenapa semua ini perlu kita lalui?Sebabnya kita membiarkan diri melakukan perkara-perkara yang tidak betul didalam kehidupan ini.Tandanya kita
tidak menyayangi diri sendiri dalam ertikata yang sebenar.Pandang pada sekeliling.Lihat pada orang-orang yang berjaya.Kebahagiaan sentiasa melingkari mereka.Ini kerana mereka memberi peluang kepada diri untuk melakukan apa yang baik dan betul.Mereka merakamkan sifat-sifat yang terpuji sebagai tanda betapa mereka menyayangi diri sendiri.Perbandingkan dengan seorang yang bergelumang dengan najis dadah,merosakkan dirinya dengan dadah.Bagaimana rentak hidup golongan ini.Pengakhirannya ialah parah dan maut.Lihat pula pada seseorang yang sentiasa berkepit dengan buku-buku ilmiah,belajar dari masa ke semasa.Golongan inilah yang biasanya bakal bergelar doktor,jurutera,pensyarah dan bermacam kerjaya lain yang melambangkan kejayaan.Antara dua pilihan itu kegagalan atau kejayaan,arah manakah yang hendak kita tuju?Pasti semua menginginkan kejayaan.Tetapi ini bukanlah sekadar hasrat dan kemahuan.Perlu ada usaha serta perancangan ke arah itu.Maka usaha yang terawal ialah bermula dengan sikap menyayangi diri.Tidak kiralah jika hari ini kita telah tersilap langkah sebelumnya sehingga membuatkan kita tersungkur.Jangan putus asa.Bangkit.Mulakan hidup baru dengan langkah awal dengan sayangkan diri terlebih dahulu.Insyallah,Kita mampu berjaya.Keluar dari masa silam yang kelam itu.
Para pesalah dan pembaca budiman,
Kenapa kita perlu sayangkan diri?Apakah kepentingannya?Jawabannya mudah.Demi sebuah kesejahteraan hidup pada diri sendiri juga pada orang-orang yang kita sayangi.Itu yang terutama.Menyayangi diri sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang betul dengan sendirinya akan membetulkan sistem hidup kita.Dengan tahap hidup yang sempurna mungkin kita mampu menyempurnakan hidup orang lain samada mereka itu terdiri daripada isteri dan anak-anak kita,ibu bapa,adik beradik,saudara mara mahupun orang lain yang membentuk komuniti masyarakat sekeliling kita.Dengan sayangkan diri akan membawa kita untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan perkara-perkara yang baik itulah yang akan memberi kesejahteraan serta kebahagiaan dalam hidup.Seperti mana yang pernah disebut dalam bab yang lalu.Hargai gelak tawa anak isteri sebelum ia hilang buat selamanya.Hanya kemampuan kita melakukan sesuatu dengan betul akan mencetuskan kebahagiaan dan gelak tawa,gurau senda
anak isteri yang ada berhampiran dengan kita adalah sebahagian daripada tanda kebahagiaan itu.Jangan sampai semua itu pergi dan hidup kita dikellilngi sunyi sepi serta penyesalan akibat dari perbuatan sendiri.Hargailah juga kepercayaan dan pergantungan sesiapa saja pada kita.Mereka mungkin sebagai adik,abang,kakak kepada kita.Mungkin mereka kawan-kawan atau saudara mara yang jauh atau dekat.Mungkin juga mereka rakan sekerja/perniagaan kita.Kerana kepercayaan adalah kunci untuk kita mencipta kejayaan.Didalam kejayaan itu terlalu banyak kebahagiaan dan kesempurnaan.Jangan sampai kita disingkirkan.Dan semua penyingkiran itu berpunca dari tindakan bodoh kita sendiri yang memusnahkan sebuah kepercayaan.Aku berkata begitu kerana aku merasainya sendiri.Aku yakin semua kejatuhan hari ini adalah berpunca dari kegagalan untuk menyayangi diri sendiri sehingga terdorong melakukan apa saja tanpa mengira halal haram,betul atau salah pada masa lalu.Sehinggalah aku baru tersentak, kesan daripada semua itu aku kini berada dimana.Di sebuah tempat bernama penjara yang amat memeritkan.Betapa sesalnya diri kerana kehilangan gelak tawa anak-anak dan mereka terpaksa meniti kedewasaan yang jauh dari mata.Yang tinggal hanyalah sebuah kerinduan dan kesunyian yang benar-benar mencabar diri.Bukan itu saja,kemusnahan atas kelalaian ini melibatkan banyak perkara.Aku kehilangan kawan dan kepercayaan.Aku kehilangan potensi dan kejayaan serta banyak lagi perkara-perkara yang tidak menggembirakan.Pastinya anda yang lain sebagai seorang pesalah juga sedang melalui perkara yang sama aku rasai.Bila direnung dan difikirkan sedalam-dalamnya,aku berani mengatakan bahawa semua ini berlaku kerana aku tidak pernah sayangkan diri dalam ertikata yang sebenarnya dan dengan cara yang betul.Banyak kesilapan dalam penilaian dan tindakan.Dan kini,persoalan yang sering datang ialah,mampukah semua yang hilang itu dikembalikan?Walaupun aku tidak berani untuk meramal namun aku berani untuk mengatakan bahawa masih belum terlambat untuk membetulkan segala yang telah dirosakkan sebelum ini.Mungkin ianya tidaklah kembali sempurna kepada keadaan asal.Namun,apa yang penting kita mampu bangkit dan membuktikan sesuatu yang berkaitan dengan kemampuan kita untuk merubah diri menjadi yang terbaik.Tentang apa yang telah kita hilangkan,apa yang telah kita musnahkan,dengan keikhlasan dan niat yang betul serta usaha yang bersungguh-sungguh kita mampu berjaya menjadi manusia yang berada diantara yang terbaik.Ingat!..Kenali diri dan sayangilah diri kita dengan sepenuh jiwa berserta tindakan dan langkah yang betul.Kepada para pesalah,bangkitlah dari masa silam yang kelam..
No comments:
Post a Comment