Octavia..
yang ku temui
di lorong malam
Jakarta..
harum namun bisanya pasti
berhembusan wangian goda
berserakan bunga dedap
anggun diwajah
ditingkah kehanyiran
keringat dan dosa
yang sewarna..
lalu ku enggan menoleh
dan ku padamkan sapaan
kerana dia tak layak
berbingkai di dinding hayatku
HR NafieYb
Posted By
-Sharmeyla-
No comments:
Post a Comment