Kenanganku
pada romantisnya Uda
mengorak sebuah kisah cinta
bermula dengan satu sapaan
Timbang 1990
Ku dengar tentang sebuah desa
ku bicarakan akan menjadi guru
dalam rupa masih mentah
( usiaku 19 tahun )
ku jabat mereka satu-satu
Noriati-Rofiah-Salmi-Sabtiah-Saliadah
dengan penuh hairan pendidik yang remaja
dan muridku yang telah ranum usia
(Stefa,Maria,Norsinah dan lain-lain yang ku lupa)
Semua ini telah lama
namun aku rindu
cerita kita yang gila-gila
di sebuah kuarters lama-hujung jambatan
tempatku bermukim
habis penuh dinding-dinding
kita coret lagu cinta
‘I Don’t Wanna Talk About It-Jemala Kasih’
dan ketikanya pulang dari sekolah
gelagat warga desa
mabuk-mabukan
(membuat kita ketawa)
yang pulang dari Tamu Selasa
Terima kasih Jekan-Rofiah
meminjamkan aku
Suzuki jip merahmu itu
sudi menemankan Ayokoku
ketika kami memadu asmara
di dataran Manggaris-Marudu
Akhirnya…
hampir kehilangan engkau
ku jejak jua ke Pulau Mutiara
demi cinta…
Kekesalan
pada silapnya Uda
mencipta semua kegagalan
meminggirkan Dara
biarkan nostalgia berhenti dahulu
dalam 23 tahun ini
banyak yang belum dikisahkan
kini
Kepayan Disember 2013
Posted By
- Sharmeyla-
Sunday, June 26, 2016
Mengingatimu
Telah terlalu kerap ku singkirkan
nostalgia
namun aku tumbang
dari memikirkan engkau
yang ku petik atas pegangan
ketika tangkaimu layu
ku sirami pengakuan
tentang sebuah penyatuan
ke hujung cinta
Entah mungkin aku bingung
dengan nama apa ku laksana
meminggirkan engkau
atas tari pemalingan
yang mencalit luka hatimu
dan tikanya kita pergi dan memilih
dimana persimpangan
tiada engkau menangis
entah dihati
aku gagal menafsir
Hari ini..
rindu makin menyiksa
tentang segala kenangan
terpahat di lorong musim
aku dan engkau belayar
dibahtera kasih dan geloranya
maka terhirislah sukmaku
di aras perih
dan ku yakin maknanya
itulah penyesalan
sedang nestapa
enggan memulangkan tawa
dalam menuntut sembah
kembalilah ke dakapku
HR NafieYb
Posted By
- Shermeyla -
nostalgia
namun aku tumbang
dari memikirkan engkau
yang ku petik atas pegangan
ketika tangkaimu layu
ku sirami pengakuan
tentang sebuah penyatuan
ke hujung cinta
Entah mungkin aku bingung
dengan nama apa ku laksana
meminggirkan engkau
atas tari pemalingan
yang mencalit luka hatimu
dan tikanya kita pergi dan memilih
dimana persimpangan
tiada engkau menangis
entah dihati
aku gagal menafsir
Hari ini..
rindu makin menyiksa
tentang segala kenangan
terpahat di lorong musim
aku dan engkau belayar
dibahtera kasih dan geloranya
maka terhirislah sukmaku
di aras perih
dan ku yakin maknanya
itulah penyesalan
sedang nestapa
enggan memulangkan tawa
dalam menuntut sembah
kembalilah ke dakapku
HR NafieYb
Posted By
- Shermeyla -
Biarlah Akhirnya Suci
Mata hatiku ini
belumpun kebutaan
masih bisa melihat mentari
dan simpang siur cahaya
cubaku luruskan
atas nama suratan
jua keterbatasan
kudratku sebagai insan
walau kiranya..
tali-tali kalimahku
putus terlerai
atas ragutan ajal andainya
di hamparan bernama sisa waktu
cuba ku hurung
walau sukar diperhitung
anutan – pegangan – amalan
muhasabah..
agar di mana aku berpusara
moga tadbir persembahanku
berseri suci
HR Nafie Yb
Posted By
- Sharmeyla -
belumpun kebutaan
masih bisa melihat mentari
dan simpang siur cahaya
cubaku luruskan
atas nama suratan
jua keterbatasan
kudratku sebagai insan
walau kiranya..
tali-tali kalimahku
putus terlerai
atas ragutan ajal andainya
di hamparan bernama sisa waktu
cuba ku hurung
walau sukar diperhitung
anutan – pegangan – amalan
muhasabah..
agar di mana aku berpusara
moga tadbir persembahanku
berseri suci
HR Nafie Yb
Posted By
- Sharmeyla -
PUASA DAN RAYA DI PENJARA
Artikel ini dipetik dari satu bab yang terkandung di dalam buku Dunia Disebalik Tembok yang dipaparkan bagi tujuan memberi pengajaran kepada pihak lain.
Waris Penulis
-Sharmeyla-
PUASA DAN RAYA DI PENJARA
Hari ini 27/06/2015 ketika mula menulis bab ini umat Islam sedang menjalani ibadat puasa masuk hari yang ke-10.Alhamdulillah,dalam ketidaktentuan keadaan sekeliling dimana pelbagai bencana datang dan pergi kita masih lagi diberikan peluang oleh Allah SWT untuk terus hidup dan mencari sebanyak mungkin pahala dan keredhaanNya dengan melakukan pelbagai amalan dan ibadat.Kesyukuran sebeginilah yang sering datang dengan sendirinya ke dalam jiwa aku pada hari ini dimana perasaan-perasaan seperti ini tidak pernah pun atau jarang sekali aku rasa ketika berada di luar dulu.Aku sangat mensyukuri diberi peluang merasai nikmat dari Allah seperti ini.Itulah yang banyak membantu aku untuk terus tabah dalam menjalani hukuman pemenjaraan yang begitu lama atas segala tingkah dan perbuatan dahulu.Semoga Allah akan terus memberikan hidayah ini sehinggalah nafas dan hayat ini terhenti.Menyentuh tentang bab ini,aku sebenarnya telah merancang lebih awal untuk menulisnya dalam suasana berpuasa sepertimana tajuk yang aku nyatakan di atas.Semua ini bertujuan bagi menambahkan lagi ‘rasa’ menulis itu yang dilaksanakan berlatarkan bulan puasa yang kebetulan bakal datang ketika aku memulakan usaha untuk menulis buku ‘Dunia Disebalik Tembok’ ini.Dalam semua orang sedang sibuk dengan ibadah ini khususnya di luar samada melaksanakannya dalam pelbagai cara dan suasana aku terpanggil untuk berkongsi dengan semua pembaca budiman di luar sana bagaimanakah sambutan hari mulia dan agung ini(puasa dan raya)dijalani oleh sekelompok manusia yang dianggap terkurung di sebuah dunia kecil yang dikelilingi oleh tembok batu dan kawad duri ini.Hakikat yang jelas ialah walaupun mungkin dunia dan tempat yang didiami itu jauh berbeza daripada sebuah dunia sebenar di luar sana namun rukun Islam ke-3 yang menjadi kewajiban pada setiap orang Islam ini mesti dilaksanakan jua.Seperti yang aku nyatakan pada awal tadi,ketika memulakan tulisan bab ini,puasa pada tahun ini telah berjalan selama 10 hari namun ini bukanlah kali pertama aku menyambutnya di sini.Tahun ini merupakan kali yang ke-5 aku berpuasa di penjara
dan insyallah jika dipanjangkan umur ini juga merupakan tahun ke-5 aku meraikan lebaran disini.Masa berlalu begitu cepat.5 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat.Ia cukup lama apatah lagi jika hitungan masa itu diambil kira di dalam penjara yang setiap detik masa itu seakan terhenti bergerak.Aku sepatutnya boleh memulakan tulisan ini pada hari pertama puasa lagi namun seperti yang selalu aku sebut di dalam setiap tulisan,menulis di dalam penjara bukanlah mudah.Terlalu sukar dan banyak halangan.Jika tiada kesabaran dan keazaman yang tinggi untuk meneruskan usaha ini ianya telah lama terhenti akibat putus asa.Halangan yang menyebabkan aku terhenti seketika untuk menulis ialah ketiadaan alat tulis(pen).Masalah inilah yang selalu menghalang.Sepertimana yang pernah aku sebutkan bahawa kaedah menulis di dalam penjara ini adalah terpaksa kembali pada kaedah lama dimana setiap catatan hendaklah ditulis dengan tangan terlebih dahulu.Disinilah masalah selalu timbul.Mendapatkan alat tulis bukanlah satu perkara yang mudah.Menyimpannya pun perlukan kebenaran atau lesen khas.Pendek kata memang sukar.Apa yang kadang-kadang terpaksa aku gunakan bagi meneruskan tulisan ialah sebatang pensel yang hanya beberapa inci panjangnya sebelum menyalin semula hasil tulisan tersebut setelah berjaya mendapatkan pen.Terpaksalah menggunakan cara sebegitu bagi mengelak kehilangan ilham.Amat melucukan bila disebut bahawa pen yang aku perolehi untuk menyiapkan bab ini terlalu daif dimana terpaksa dilakukan ‘pembaikan’ sendiri dengan memasukkan segala sabun dan apa saja yang boleh untuk melancarkan aliran dakwatnya.Syukurlah,asalkan aku dapat teruskan penulisan dan semoga Allah akan sentiasa membantu untuk aku meneruskan usaha murni ini agar dapat dikongsikan semua pahit manis hidup di penjara untuk dijadikan pengajaran dan sempadan.Mungkin masalah seperti yang aku sebutkan tadi(alat tulis) adalah kecil di luar sana tapi di penjara ia akan bertukar menjadi sukar.Itulah dikatakan penjara.Kemampuan untuk meneruskan tulisan dalam bab ini amat bermakna buat aku apatah lagi ianya ditulis ketika menjalani ibadat puasa itu sendiri.Sekurang-kurangnya dalam kebosanan terduduk di sebuah kurungan disamping dugaan lapar dan dahaga seharian itu tidak begitu dirasai dengan usaha seperti ini.Walaupun semasa di luar dulu aku akui bahawa tidak terlalu mengambil berat untuk menunaikan rukun ini namun seperti yang aku katakan hidayah dari Allah itu besar dan setelah beberapa tahun berada di penjara pandangan dan rasa tentang ini mula berubah.Biarpun dalam kesukaran aku redha menjalaninya.Bagaimanakah ibadah puasa itu dijalani di penjara?Sudah tentu jawabannya ada perbezaan dengan cara
menjalaninya di luar sana.Walaupun pada dasarnya amalan puasa itu sama sahaja dimana-mana dari aspek rukun dan syariat namun sebagai seorang manusia yang dianugerahkan dengan nafsu dan naluri maka perbezaan itu akan lebih terasa berdasarkan kepada kedua-dua perkara ini.Kita semua tahu bahawa bulan puasa itu adalah bulan menahan lapar dan dahaga serta biasanya suasana itu akan diwarna warnikan dengan pelbagai juadah.Kalau di luar sana kita tidak dapat dipisahkan dengan pelbagai juadah berbuka dengan kemeriahan bazaar-bazaar Ramadhan yang tumbuh di sana sini.Inilah suasana biasa dan telah menjadi budaya kepada masyarakat kita.Tambah bermakna apabila berbuka bersama ahli keluarga dan orang tersayang dengan menikmati makanan yang berbagai aneka dan rasa.Di penjara,suasana sebegini langsung tidak akan terasa.Cabaran berpuasa di dalam bilik-bilik kurungan yang adakalanya terlalu sesak dengan penghuni lain benar-benar menguji iman.Makanan yang diperolehi tiada bezanya dengan hari-hari biasa.Tiada yang istimewa samada waktu berbuka atau sahur.Biasanya sahur terpaksa diawalkan bagi mengelakkan nasi dan lauk menjadi terlalu sejuk atau basi.Ini kerana catuan untuk sahur akan dihantar awal iaitu dalam lingkungan jam 9-10 malam.Penghantaran awal ini terpaksa dilakukan kerana faktor keselamatan kerana pekerja-pekerja yang bertugas dalam penyediaan makanan ini juga terdiri daripada kalangan banduan.Kerja sehingga lewat malam perlu dielak bagi memastikan keselamatan.Penjara merupakan sebuah tempat yang penuh dengan peraturan.Sebagai manusia biasa apatah lagi dalam keadaan berpuasa di tempat seperti penjara ini bayangan keatas apa yang ada di luar sana sentiasa diruangan mata.Membayangkan makanan enak serta minuman sejuk berais yang langsung tidak dapat diperolehi di penjara kadang-kadang menerbitkan kesayuan di dalam jiwa ketika azan berkumandang menandakan waktu berbuka.Apa yang ada di depan mata hanyalah segelas air kosong dan roti.Namun didasari atas niat ikhlas beribadat kepada Allah semua gangguan rasa itu dapat diatasi.Dalam menjalani puasa itu serta keinginan keatas perkara-perkara yang tiada di dalam penjara menyebabkan penghuni di dalam tembok batu ini akan berusaha dengan cara yang termampu untuk memenuhi citarasa pada makanan-makanan lain selain nasi dan lauk itu.Menjadi satu pemandangan yang menarik dan meriah dimana-mana jua blok penempatan yang diisi dengan pelbagai aktiviti ‘mencipta’ makanan bagi menghidupkan suasana yang sebegitu hambar.Dalam blok-blok kecil dan sederhana itulah kita akan lihat kelompok-kelompok penghuni yang sibuk dengan acara membuat ‘kek’ yang bahannya hanya daripada roti dan biskut yang dibekalkan oleh
penjara.Ia bertambah menarik apabila setiap penghuni akan mendermakan roti mereka yang hanya berjumlah 2 keping seorang itu untuk diproses menjadi kek.Pada akhirnya setiap orang akan mendapatkan bahagian sedikit seorang.Namun semua orang gembira walaupun sedikit kerana mereka dapat merasa makanan yang berbeza daripada nasi,telur dan ikan yang menjadi rutin menu penjara itu.Ini memperlihatkan satu pertalian yang kukuh diantara para penghuni.Aku ingin menyebut di sini bahawa penghuni-penghuni penjara ini memang kreatif.Samada kreativiti mereka itu muncul akibat terpaksa demi penyesuaian kepada keadaan aku tidak tahu.Apa yang pasti,banyak perkara yang dihasilkan oleh penghuni ini dengan berkualiti dan menarik walaupun dengan bahan yang sangat asas dan terhad.Begitulah juga pada kek yang dihasilkan.Mungkin rasanya tidak seberapa namun cantik dipandang mata dari segi bentuk dan corak yang dicipta.Jika bernasib baik,dengan sedikit penambahan bahan seperti biskut cream o dan pewarna daripada minuman jus yang boleh dibeli dikantin penjara,kek atau makanan yang dihasilkan oleh tangan-tangan ajaib ini setanding rasanya dengan makanan luar.Penghasilan seperti ini sedikit sebanyak mampu melepaskan rindu pada keinginan untuk menikmati juadah-juadah luar yang sering dibayangkan itu namun mustahil untuk diperolehi.Benarlah kata Kiran Bedi dalam bukunya ‘Its Always Possible’
“Manusia yang terkongkong di dalam dinding penjara itu memiliki seluruh waktu,tenaga dan ktrampilan yang merupakan dasar dari setiap masyarakat yang mempunyai motivasi.Kerana itu,apa yang perlu dilakukan adalah mengindahaktifikasi serta mengenal bakat-bakat mereka dengan pengarahan dan bimbingan”.
Bukan sekadar bakat sebenarnya.Apa yang aku lalui dan perhatikan sendiri di sini ialah manusia-manusia yang berasa terkongkong dan terbatas ini akan merasa terhimpit dari segi jiwa lalu dengan sedaya upayanya akan sentiasa berfikir dan mencari jalan pada apa saja yang dimahukan dalam lingkungan keterbatasan itu.Itu yang aku maksudkan dengan membayangkan suasana berpuasa diatas tadi.Bagaimana desakan keinginan untuk merasa makanan yang sedikit berbeza dari apa yang diterima setiap hari yang sama yang serupa(tidak kira hari biasa/puasa)menyebabkan mereka mengusahakan sesuatu.Tidak hairanlah apabila kita melihat di dalam kolam-kolam mandi di dalam blok itu dipenuhi dengan botol-botol bekas kicap yang bermacam warna isinya(minuman berperisa yang dibeli dari
kantin penjara).Kolam ini kononnya dijadikan peti sejuk yang menyejukkan sedikit minuman dengan direndam selama berjam-jam.Walaupun kelihatannya tiada kesan dari segi proses penyejukan namun apa yang pasti disini ialah keinginan setiap penghuni yang berpuasa itu untuk berbuka dengan minuman sejuk mendorong mereka untuk menyakini bahawa kolam-kolam takungan air untuk mandi itulah peti sejuk terbaik di dalam penjara.Kasihan..Semua ini meninggalkan kenangan dan nostalgia yang melucukan aku kira kepada sesiapa saja yang pernah hidup di dalam dunia tembok batu ini.Pengalaman dan pemandangan sebegini tidak akan ditemui dimana-mana pun di sudut dunia ini.Semuanya hanya di penjara.Belum lagi disebut bagaimana ributnya suasana ketika pembahagian makanan malam untuk sahur.Ianya seolah-olah suasana berhampiran landasan keretapi apabila troli-troli pengangkut makanan yang hanya berodakan besi itu berulang alik dari satu blok ke satu blok.Kebingitan ini juga bertukar menjadi ‘hiburan’ yang telah menjadi kebiasaan apabila tibanya bulan puasa.Ini adalah kerana pada hari-hari biasa(selain bulan puasa) tidak akan kedengaran pergerakan troli-troli itu pada waktu malam kerana semua aktiviti banduan di dalam penjara ini akan terhenti semua selewat-lewatnya jam 6 petang pada setiap hari.Dalam memperkatakan tentang cabaran dan dugaan menjalani ibadah puasa di dalam penjara itu ia sebenarnya lebih kepada cabaran dan siksaan keatas jiwa.Kepenatan berperang dengan lapar dan dahaga itu lebih kepada bayangan keatas perkara-perkara yang telah aku sebutkan tadi berkaitan dengan bagaimana berpuasa di dunia luar yang penuh dengan keseronokan sedangkan di penjara semua itu langsung tidak akan mampu diperolehi.Namun apabila kita kembali kepada maksud beribadat itu(khususnya puasa) aku rasakan bahawa puasa di dalam penjara ini lebih ‘selamat’ dari aspek pengurangan pahala kerana di dalam ini pandangan keatas perkara-perkara maksiat itu adalah terlalu kecil.Tiada wanita untuk dilihat.Aktiviti yang terhad juga membataskan pelakuan kepada perkara-perkara yang boleh menjejaskan puasa itu sendiri.Begitu juga bila dipandang dari sudut fizikal.Tiada perkara-perkara yang memenatkan dari segi kerahan kerja dan tenaga disini.Kebanyakan masa hanya terbuang di dalam blok-blok yang terkunci setiap masa.Lebih banyak kepada tidur dan berehat.Jika semua itu dijadikan ukuran,menjalani ibadat puasa di penjara itu adalah lebih terjamin kesempurnaannya berbanding dengan di luar.Selain daripada semua itu,satu perkara yang sangat menarik yang aku tidak pernah temui dimana-mana sebelum ini ialah berkaitan dengan toleransi kaum serta agama yang bercambah dan berkembang kukuh di sini.Dalam bulan ramadhan sebegini kita akan
lihat situasi dimana pada sesetengah blok penempatan,penghuni beragama lain akan turut berpuasa bagi menyertai dan menghormati rakan-rakan mereka yang beragama Islam yang sedang menjalani ibadah itu.Tiada paksaan kepada mereka dalam soal ini.Perkara begini sudah menjadi amalan sejak sekian lama.Walaupun pada kebiasaannya pihak pengurusan penjara akan mengambil pendekatan dengan memisahkan buat sementara penghuni Islam dan bukan Islam ke blok berasingan namun ramai juga diantara mereka-mereka ini dengan sukarela enggan berpindah dengan alasan mahu terus bersama rakan-rakan mereka yang beragama Islam bagi menjalani ibadah puasa.Ada juga waktunya pengasingan begini tidak dapat dilaksanakan atas faktor kesesakan dalam penjara akibat kebanjiran penghuni-penghuni baru terutamanya yang melibatkan warga asing yang semakin meruncing.Apa sekalipun masalah yang timbul di dalam penjara ini ibadah puasa tetap diteruskan dan alhamdulillah,tahun-tahun kebelakangan ini aktiviti-aktiviti keagamaan sepanjang bulan ramadhan ini semakin aktif dilaksanakan.Syabas kepada Pengarah Penjara dan pengurusannya yang prihatin serta tidak meminggirkan aspek ini.Sekurang-kurangnya penghuni di sini dapat menjalani ibadah puasa itu dengan iringan program-program yang membina sahsiah diri.Aku sendiri tidak ketinggalan melibatkan diri.Ketika bab ini ditulis aku baru saja selesai menyertai beberapa pertandingan keagamaan dalam kategori azan,tazkirah dan hafazan.Sekali lagi aku bersyukur kepada Allah kerana telah membuka ruang dan peluang seperti ini yang dahulunya tidak pernah diambil berat.Bertepatanlah dengan ungkapan dalam bentuk mutiara kata yang aku ilhamkan dalam penjara ini yang berbunyi
“Pemenjaraan atau menjadi banduan mungkin menyebabkan kita kehilangan sebahagian daripada hidup bersifat duniawi(harta,kebebasan,keseronokan)namun memperolehi kehidupan lain dalam bentuk rohani(iman,redha syukur dll)”
Sebagai penambah nilai keatas semua aktiviti/program penjara ini aku ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyeru Ngo Islam di luar sana yang kita tahu banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya di bulan yang mulia ini.Jangan pinggirkan sebuah dunia di dalam tembok batu ini.Datanglah bertandang bersama program dan sumbangan untuk kami disini.Aku selitkan perkara ini kerana terlalu jarang dan kurang ngo mengambil langkah untuk melaksanakan aktiviti mereka ke penjara.Entah kenapa.Aku enggan meneka.Berbanding dengan Ngo-ngo bukan Islam yang aku lihat sangat prihatin dan aktif kearah kerja-kerja kebajikan.
Ramadhan berlalu..
Seperti yang pernah aku ungkapkan pada satu bab di dalam buku yang pertama dulu bahawa ada satu hari dalam setahun itu yang benar-benar menguji perasaan dalam tembok batu ini.Hari yang pasti mengimbau pada segala-galanya dan menumpahkan airmata.Hari itu ialah 1 Syawal atau pun aidilfitri.Perayaan gilang gemilang yang penuh kemeriahan yang menandakan sambutan keatas kemenangan melawan hawa nafsu selama sebulan.Kemeriahan persiapan,keterujaan meraikan hari lebaran akan terlihat di mana-mana.Itu di luar.Disebuah dunia bebas yang pernah dilalui dan dirasai.Bagi penghuni penjara ini semua yang disebut itu ‘hilang’.1 Syawal atau aidilfitri yang tiba itu langsung tiada bezanya dengan hari-hari biasa yang dijalani.Apa yang jelas berbeza ialah tahap kesedihan yang ketara pada semua penghuni Islam diantara laungan takbir yang hanya bergema dan melantun pada dinding-dinding batu yang dilaungkan di dalam blok-blok tahanan mereka.Tangisan penyesalan angkara perbuatan sehinggakan hari-hari besar begini yang sepatutnya diraikan bersama orang-orang tersayang telah dipersiakan begitu saja.Tiada kucupan kemaafan,tiada ungkapan keampunan dapat dipersembahkan pada mereka yang disayangi.Tiada baju yang berwarna warni,tiada juadah yang pelbagai jenis dan rasa itu.Salam berhulur hanya pada sesama warga dalam sangkar berkunci dengan baju-baju lama berwarna merah,hijau dan biru yang hanya berhidang secawan teh / kopi pagi beserta 2 keping roti.Itu sajalah yang ada dipagi aidilfitri.Aku sendiri melalui semua ini.Kesakitan pada jiwa yang paling terasa ialah apabila membayangkan saat-saat di luar dulu dalam sambutan hari semulia dan semeriah ini.Bayangan tentang segala-galanya langsung tidak lari dari fikiran.Aku yakin semua penghuni lain pun begitu.Bagi yang baru pertama kali merayakan aidilfitri di penjara pasti meninggalkan kesan yang amat besar pada jiwa mereka.Bagi aku dan beberapa rakan yang lain yang sudah beberapa kali beraya di sini walaupun rasa sedih itu tetap ada namun tidaklah sehebat kesedihan mereka yang baru itu.Ingatan pada orang-orang tersayang terlalu kuat ketika ini.Bagaimana suasana sambutan dan persiapan,meriahnya kampung saat-saat menjelangnya aidilfitri itu.Imbauan semakin mengasak apabila terdengar lagu-lagu raya yang berkumandang dari corong radio pegawai yang bertugas malam.Melihat pada keadaan dan dimana diri berada,berdinding batu dan bertirai besi yang jauh dari suasana yang dinyatakan tadi,tumpah juga airmata.Apapun,1 Syawal tetap hadir dan dijalani,dilalui dalam kurungan.Kemuncak kesedihan itu biasanya pada malam 1 Syawal.Ketika mula melaungkan takbir kami akan duduk berbaris di dalam blok-blok
yang sempit itu dengan melaksanakan apa yang orang lain lakukan iaitu takbir raya.Masa inilah setiap orang akan menangis.Tangisan yang aku kira airmata penyesalan atas perbuatan lampau yang mengheret ke penjara.Menjelang pagi 1 Syawal tiada yang berbeza dengan hari-hari biasa.Penjara cuti.Aktiviti terhenti.Jika bernasib baik dan terpilih,dapatlah ke surau penjara untuk solat sunat aidilfitri.Jika tidak,duduklah di dalam blok menghabiskan sehari lagi hukuman dengan kebosanan.Dalam apa jua keadaan dan perasaan yang datang,aku kirakan semua ini ada kebaikannya juga sebagai satu bentuk pengajaran.Bagaimana bodohnya kita membiarkan diri terpisah jauh daripada semua keindahan hidup itu atas perbuatan sendiri.Termasuklah pada hari besar seperti Ramadhan dan Syawal yang dilaksanakan ibadat serta meraikannya dalam suasana dan persekitaran yang begini kaku.Selalu aku katakan berulang kali,ada hikmah dibalik semua ini jika kita mahu melihat.Penjara ini mampu mengubah kita menjadi yang terbaik jika kita mengambil iktibar pada ‘pakej lengkap’ yang ditawarkan dalam aspek kejiwaan itu.Suatu hari penghuni dunia tembok batu ini akan bebas menjadi ahli masyarakat.Peluang kebebasan itulah harus dihargai sebaik-baiknya.Kembalilah kepada orang-orang tersayang dengan penuh keinsafan.Apatah lagi jika mereka masih ada.Bukan sedikit daripada penghuni disini yang kehilangan insan-insan yang mereka sayangi semasa mereka dalam penahanan.Tanpa mengambil iktibar dan kembali kepada jenayah,bersedialah untuk kembali ke penjara ini.Sampai bila Ramadhan dan Syawal itu dilalui dengan airmata kekesalan dan kerinduan.Mahukah selamanya menjadi penghuni dunia tembok batu ini?Yang hanya dapat mengucapkan kata-kata keampunan dari balik dinding kaca ketika dilawati keluarga.Ataupun jika bernasib baik dipilih dalam program jalinan kasih yang menemukan penghuni dan keluarga mereka secara bersemuka.Itupun dalam tempoh 3-4 tahun sekali barulah datang peluang itu(pemilihan berdasarkan penggiliran).Dalam pertemuan singkat itu dapatlah juga mengucup tangan ayah,bonda,isteri,anak dan siapa saja yang datang bertandang waktu itu.Hanya seketika.Usai program,kita akan kembali ke bilik-bilik hambar itu dan keluarga kita kembali ke dunia luar mereka yang lebih bermakna itu.Fikirkan tentang ini..
Sebelum menutup bab ini aku ingin kongsikan satu peristiwa yang berlaku dalam satu program Ihya Ramadhan anjuran Jabatan Penjara yang dihadiri dan dirasmikan oleh seorang ahli parlimen wanita salah satu kawasan di Sabah.Bagaimana Yb Menteri itu menitiskan airmata dari mula sehingga akhir program termasuk ketika dia berucap sehingga kelu untuknya berkata-kata.Dalam ucapannya beliau menyebut
bahawa selamanya berkecimpung dalam bidang politik itulah kali pertama dia gagal untuk berucap panjang angkara kesedihan.Dalam kunjungannya ke penjara(yang selama ini ditanggapinya dari sudut yang berbeza) dan bersua dengan penghuninya yang tetap tabah mendepani hidup serta naluri kewanitaannya yang mampu menyelami setiap inci rasa penghuni-penghuni itu meraikan lebaran di balik tembok batu dan tirai besi telah menerbitkan keharuan itu.Bayangkan seorang yang tidak pernah menjejakkan kaki ke penjara sebelum ini mampu mengusik dan mengundang kesedihan dalam jiwanya.Bagaimana kami yang begini lama di sini?Kalian hanya mampu membayangkan.
Hari ini 16/7/2015 9.20 malam.Selesai melaungkan takbir bersama-sama rakan di dalam blok,aku menyemak catatan ini dengan linangan airmata keharuan yang gugur bermula ketika laungan di dalam dinding batu ini sebentar tadi.Dan begitulah selalunya pada masa-masa lalu setelah beberapa kali menyambut Ramadhan dan Syawal di sini.Salam keampunan buat semua.Maaf zahir dan batin.

Wednesday, June 15, 2016
Entah Bagaimana Akhirnya
Jika beradu
usahlah bermimpi..
Usahlah merindu wangimu
yang samar lagi berkabus
Waktu menoktahkan
kontang halaman
bersisakan pedih
Tiada terhitung
enggan menduga
bakal bertapak dimana
kelaknya
langkah..
bakal berkucup siapa
nantinya
cinta…
HR NafieYb
Posted By
-Sharmeyla-
usahlah bermimpi..
Usahlah merindu wangimu
yang samar lagi berkabus
Waktu menoktahkan
kontang halaman
bersisakan pedih
Tiada terhitung
enggan menduga
bakal bertapak dimana
kelaknya
langkah..
bakal berkucup siapa
nantinya
cinta…
HR NafieYb
Posted By
-Sharmeyla-
Gerhana
Kalian yang mengucup manisan
dikelopak malam
dan malam yang disangka purnama
rupanya musim gerhana yang disana
petikan dosa berlagu merdu
menipu dengar.Lalu terkulailah
sejati yang terkurung dalam dakap
kutukan tanpa sedar telah
mematahkan sayap sentosa yang
pulang ke langit tanpa menyentuh
wajah kusut berhias bala.
Maka nama sesalanlah bakal
berlagu nyanyian duka disisimu
yang alpa..
HR NafieYb
Posted By
-Sharmeyla-
dikelopak malam
dan malam yang disangka purnama
rupanya musim gerhana yang disana
petikan dosa berlagu merdu
menipu dengar.Lalu terkulailah
sejati yang terkurung dalam dakap
kutukan tanpa sedar telah
mematahkan sayap sentosa yang
pulang ke langit tanpa menyentuh
wajah kusut berhias bala.
Maka nama sesalanlah bakal
berlagu nyanyian duka disisimu
yang alpa..
HR NafieYb
Posted By
-Sharmeyla-
Selagi Penaku Bertinta
Telahku catat segala peristiwa
apa yang aku rasa
apa yang telah ku dengar
semua yang telahku pandang
segala yang telah ku terima
pada sekeping hati
yang terkesima….
Pada semua catatanku itu
berkisar tentang lara
berkisar tentang duka
berkisar tentang airmata
berkisar tentang karma
Pada catatanku jua
sesalan adalah kelopak bunga-bunga
hasrat yang layu…
semangat itu adalah ranting-ranting
yang patah seribu
perjalanan adalah nyanyian bayu
yang sendu..
Catatanku akan terus hidup
atas nikmat pancaindera
selagi pena ku bertinta
dalam kunjungan senja pun
aku pasrah..dalam kepungan sayu pun aku redha
kerana telah menitis
manisan hidayah…..

Bangau Oh Bangau
Artikel ini dipetik dari satu bab di dalam buku Catatan Seorang Banduan(Kita Yang Bersalah..Bangkitlah).Paparan keatasnya merupakan satu bentuk perkongsian bagi maksud pengajaran.
Waris Penulis
-Sharmeyla-
BANGAU OH BANGAU..
Bangau oh bangau kenapa engkau kurus
macamana aku tak kurus,ikan tak mahu timbul
ikan oh ikan,kenapa tak mahu timbul..
macamana aku nak timbul,rumput panjang sangat
rumput oh rumput,kenapa panjang sangat
macamana aku tak panjang,kerbau tak makan aku..
kerbau oh kerbau,kenapa tak makan rumput
macamana aku nak makan,perut aku sakit
perut oh perut,kenapa engkau sakit
macamana aku tak sakit,makan nasi mentah
nasi oh nasi,kenapa engkau mentah
macamana aku tak mentah,kayu api basah
kayu oh kayu,kenapa engkau basah
macamana aku tak basah,hujan timpa aku
hujan oh hujan kenapa engkau turun
macamana aku tak turun,katak panggil aku
katak oh katak kenapa panggil hujan
macamana aku tak panggil,ular nak makan aku
ular oh ular,kenapa nak makan katak
macamana aku tak makan,memang makanan aku…
Pernah dengar lagu ini?Rasanya sebilangan besar daripada kita pernah mendengarnya ataupun menyanyikan lagu ini.Ianya cukup popular walaupun hanya dikategorikan sebagai lagu kanak-kanak.Kenapa aku selitkan berkenaan lagu ini didalam buku ini?Mungkin ada diantara anda yang tidak menyedari ataupun tidak cuba untuk memahami apakah mesej atau pengajaran yang ada disebalik lagu yang sangat terkenal ini.Mungkin pada saat dan ketikanya kita bermain-main dengan lagu ini suatu masa dahulu kita masih lagi anak-anak sekolah yang masih hingusan.Lalu ianya hanya sekadar lagu yang kita dendangkan bersama kawan-kawan ataupun apabila kita diminta oleh cikgu untuk menyanyikannya.Oleh itu setelah kita menjadi dewasa hari ini marilah kita sama-sama kembali untuk meneroka apakah istimewanya yang ada pada lagu yang seringkas ini.Apakah yang boleh kita ambil untuk dijadikan pengajaran daripadanya.Pasti ada sesuatu yang boleh kita pelajari disebalik senikatanya jika kita mengambil pendekatan untuk mendalami maksud yang tersirat disebaliknya.Hingga aku sendiri telah mencipta satu puisi berdasarkan kepada lagu ini dimana maksudnya hampir sama namun berbeza pada watak,senikata dan cerita.Puisi yang aku tulis pada tahun 2013 ini bertajuk ‘pipit oh pipit’.
Pipit oh pipit,kenapa tiada berbunyi
macamana aku berbunyi,padi tidak berbuah
padi oh padi..kenapa tidak berbuah
macamana aku berbuah..rumpai tumbuh melata
rumpai oh rumpai..kenapa tumbuh melata
macamana aku tak tumbuh..sawah telah terbiar
sawah oh sawah..kenapa engkau terbiar
macamana tidak terbiar..orang tidak kerjakan
orang oh orang..kenapa tidak bekerja
macamana aku mau kerja..malas aku datang
malas oh malas..kenapa engkau datang
macamana aku tak datang..memang lumrah manusia
Persoalannya.Apakah kaitan semua ini dengan hasrat kebangkitan kita sebagai seorang pesalah?Dari kedua-dua lagu yang dipaparkan diatas terutamanya pada lagu bangau oh bangau kita boleh lihat ada sifat dan unsur salah menyalah,tuding menuding keatas satu-satu perkara atau masalah yang timbul.Ini merupakan satu masalah yang berkaitan dengan sikap.Dan sikap yang terlibat menghala kepada unsur negatif yang mampu membunuh segala potensi dan hasrat baik yang masih ada didalam diri kita ini.Apabila kita mengamalkan sikap sebegini yang tidak mahu menerima kenyataan atau seringkali menyelesaikan satu-satu perkara dengan menuding atau menyalahkan orang lain atau sebarang masalah yang timbul,ini bermakna kita tidak mempunyai keyakinan yang kukuh.Kita masih terbelenggu dengan sikap tidak mahu menerima sesuatu perkara yang tidak baik berlaku adalah disebabkan oleh diri kita sendiri.Ini termasuklah hal-hal yang melibatkan kesalahan dan jenayah.Jika hari ini kita telah melakukan satu kesalahan yang telah terbukti dan bagi melepaskan diri daripada diketahui atau mengelak dari menjadi cemuhan orang sekeliling,kita cuba menafikan kesalahan tersebut ataupun cuba untuk mengalihkannya dengan memberi alasan juga menyalahkan orang lain yang menjadi penyebab.Disini jelas bahawa kita tidak ada kesedaran tentang kesalahan yang telah kita lakukan.Tanpa kesedaran, bagaimana untuk kita berhenti daripada melakukan apa jua tindakan yang bercanggah dengan kebaikan.Contoh,kita membuang sampah dimerata-rata tempat lalu seseorang menegur kita dengan mengatakan bahawa perbuatan kita itu salah.Lalu kita menjawab dengan selamba dan seolah-olah tidak bersalah kenapa kita membuang sampah kerana tong sampah tidak mencukupi atau telah penuh.Ini bukan sepatutnya respon atau jawaban kerana kita tahu bahawa sikap membuang sampah merata-rata tempat itu adalah salah yang melibatkan aspek kebersihan dan kebersihan itu pula merupakan satu elemen penting dalam menjamin kesihatan serta kesejahteraan hidup.Walaupun perbuatan atau kesalahan ini nampak kecil tetapi ianya melibatkan perkara yang berkaitan dengan sikap yang negatif.Jika sikap seperti ini menjadi amalan dalam
kehidupan seharian lambat laun akan menjejaskan keseluruhan sistem hidup kita .Maksudnya,kita akan sentiasa menjadi manusia yang tidak mahu mengakui tentang perkara yang jelas salah dan lebih suka mengelak dengan menyalahkan atau beralasan pada perkara-perkara lain.Jika kita positif pada teguran tadi dengan bertindak dengan memohon maaf,tunjukkan rasa segan atas ketelanjuran lalu bertindak mengutip sampah yang kita buang.Bukankah ini lebih baik dan mulia daripada melakukan seperti contoh diatas tadi?Selain daripada melibatkan kesedaran dalam diri kita ianya juga akan memulihkan pandangan awal orang sekeliling kita yang tidak elok kepada yang lebih baik.Itu contoh kesalahan kecil yang kita lakukan.Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan besar yang mengundang kepada perlakuan jenayah sehingga mengheret kita untuk menjadi pesalah.Di penjara,aku banyak bertemu dengan mereka-mereka yang telah melakukan sesuatu kesalahan jenayah dan dijatuhkan hukuman oleh undang-undang lalu dipenjarakan.Namun,bila ditanya kenapa melakukan jenayah tersebut,bermacam-macam alasan yang tidak menampakkan sedikitpun keinsafan dalam diri mereka.Dan biasanya,golongan inilah juga yang aku lihat keluar dan masuk berulangkali ke penjara ini atas kesalahan yang sama.
Ikuti kisah ini,
Aku berjumpa dan berkenalan dengan seorang yang bernama Zairi pada tahun 2011 ketika sama-sama diletakkan di dalam fasa 2(Halaqah)dipenjara ini.Ketika itu beliau dijatuhi hukuman penjara selama 8 bulan dibawah seksyen 12(memiliki dadah).Kami agak rapat dan pada setiap perbualan atau jika ada kesempatan untuk aku bertanya kenapa dia boleh terlibat dengan kesalahan ini,dia tidak pernah untuk mengakui apa yang telah terjadi adalah atas perbuatan beliau sendiri.Menurut beliau dadah yang ditemui ketika beliau ditangkap bukan miliknya dan dia tidak tahu apa-apa tentang itu.Dalam kata lain,beliau telah teraniaya.Pada ketika itu aku mempercayainya bulat-bulat dan dengan kesungguhannya meluahkan semua alasan-alasan tersebut tidak pernah sedikitpun aku meragui kesahihannya.Malah ketika itu aku amat kasihan dengan nasib buruk yang menimpa beliau sehingga terhumban ke penjara atas perkara yang tidak dilakukannya.Dipendekkan cerita,beliau dibebaskan pada pada 2012 setelah menjalani hukuman selama 6 bulan.Walaupun aku masih juga menjadi penghuni setia
penjara ketika itu namun aku juga turut tumpang gembira atas pembebasan beliau dengan harapan dia akan terus berjaya dalam kehidupan dan melupakan penganiayaan yang berlaku ke atas dirinya sebelum ini.Namun apa yang paling mengejutkan aku ialah belumpun sampai setengah tahun dibebaskan dia telah ditangkap semula dan dimasukkan ke penjara atas kesalahan yang sama.Aku terjumpa beliau di kandang salah(satu tempat berkumpul banduan untuk proses dokumentasi di pejabat rekod penjara).Pada awalnya dia cuba menyembunyikan diri dengan tujuan mengelak untuk berjumpa dengan aku.Entah kenapa.Malu agaknya.Bila aku tanya apa kesalahannya kali ini,dia menjawab seksyen yang sama iaitu memiliki dadah.Lalu aku bertanya lagi,adakah ini juga satu penganiayaan?Dia hanya berdiam tanpa mampu menjawab walau sepatah kata.Andaikata sekalipun beliau memberi jawaban bahawa dia dianiayai sekalipun aku tidak akan mempercayaainya lagi.Malah aku terfikir pemenjaraannya yang pertama dulu bukan atas sebab teraniaya malah memang dia yang melakukannya.Siapapun akan hilang kepercayaan jika berdepan dengan situasi begini.Bermakna alasan yang diberikannya dulu tidak benar.Sikapnya yang tidak mahu mengakui kesalahan dengan menuding jari pada orang lain adalah satu kesilapan besar.Ini bererti,tiada timbul sedikitpun kesedaran dalam dirinya tentang kesalahan yang telah dilakukan.Tanpa kesedaran tersebut telah mendorong dirinya untuk melakukan perkara yang sama dan untuk kali yang kedua dia dipenjarakan.Aku amat yakin jika kali pertama dia tersungkur dan dipenjarakan dulu timbul kesedaran dalam diri,mengakui dengan sejujurnya kesilapan yang dibuat lalu mengambil langkah untuk berubah ketika itu,rasanya itu akan mempengaruhi langkahnya diluar dan dia tidak akan kembali ke penjara untuk kali kedua.Tetapi oleh kerana dia mengambil sikap sebaliknya dengan menipu orang lain juga diri sendiri maka bila dibebaskan dia terpanggil untuk melakukan silap yang sama.Cerita ini tidak berakhir disini.Setelah menamatkan hukuman untuk kali yang kedua tersebut,beliau akhirnya terus kecundang lagi dan kembali dipenjarakan untuk kali yang ketiga pada awal 2014.Kali ini kesalahannya lebih besar iaitu memiliki dadah dibawah seksyen 39A2(ADB)yang membawa hukuman 10 tahun penjara.Sekali lagi aku bertemu dengannya.Kali ini dia melahirkan sejuta kekesalan atas kebodohan yang dia lakukan.Namun kegagalannya mengambil iktibar dari dua kali kesalahannya sebelum ini benar-benar telah mengundang padah kerana
untuk kali ini hukuman yang diterima terlalu lama iaitu 10 tahun.Dengan tempoh hukuman yang begini telah membunuh banyak perkara,merosakkan masa depan dan menghancurkan segala potensi kehidupan yang ada.Penyesalan hanya tinggal penyesalan.Walaupun memang ada jalan untuk kembali pada kehidupan sebenar,tetapi sayang,masih jauh dari jangkauan.Ia sepatutnya boleh dielakkan dari menjadi lebih parah jika dari awal ada sifat untuk mengakui kesalahan dan belajar daripadanya.Bukan menyalahkan orang lain ataupun keadaan sehingga mengabaikan dalam diri kita nilai-nilai keinsafan yang sepatutnya boleh merubah hala tuju hidup kita selepas itu(setelah tersilap langkah)sayang sekali..dari kisah ini pesalah tersebut telah melepaskan dua kali peluang untuk memperbetulkan hidup.Akhirnya,apabila terus dengan kelekaan,hukuman yang begini panjang telah mengambil tempat.Sia-sia begitu lama masa yang terpaksa dihabiskan di penjara.Harap kali ini saudara yang bernama Zairi ini bakal mendapat satu pengajaran yang benar-benar telah menginsafkan dirinya agar bila dibebaskan suatu hari kelak dia mampu membina semula kehidupannya.Semua ini bermula dari diri terlebih dahulu.Belajarlah mengakui kesalahan.jangan suka menolak atau menyalahkan orang lain atas apa yang telah terjadi pada kita kerana sekali lagi aku katakan bahawa mengakui salah itu(seterusnya menginsafi)adalah pintu ke arah kesedaran dalam diri dan sebaliknya sentiasa menyalahkan pihak atau keadaan lain atas kesilapan kita adalah ciri-ciri keangkuhan dan tidak mahu berubah.Buang jauh-jauh sifat begini.Tidak salah untuk kita merendah diri pada perkara yang betul dan yang membawa kebaikan.Tiada kerugian pada kita dengan amalan sebegini.Percayalah..janganlah kita menjadi bangau, ikan,rumput, kerbau, perut, kayu,hujan dan katak sepertimana watak-watak di dalam lagu ini yang suka dan hanya menuding jari pada pihak lain tanpa mahu mengaku tentang kelemahan dan yang mampu menyelesaikan sesuatu masalah.Jadilah seperti ular yang menamatkan lagu ini sebagai simbolik kebijaksanaan yang serta merta memberikan jawaban yang memaparkan suatu kenyataan yang betul.Maka itulah,sekali lagi aku tegaskan,hindari sikap tidak mahu menerima atau mengakui kesalahan lalu yang menyalahkan atau menuding kepada pihak lain.Kita cuba kembali pada kehidupan harian kita yang sebenar.Jika kita mahu bangkit dari kejatuhan sebelum ini,lihat pada puncanya.Pasti disana ada bahagian-bahagian dimana kita telah lakukan kesilapan atau kesalahan.Dan dibahagian-bahagian tersebut yang kita pasti telah lakukan pelabagai kesilapan.Kita kaji dan belajar sesuatu daripadanya.Kita akur pada apa yang telah kita lakukan.Tetapi jangan mengalah.Terima seikhlasnya semua ketelanjuran itu dan cari jalan atau kaedah untuk kita mengubah agar tidak akan kembali pada kesalahan tersebut.Insyallah,kita pasti berjaya bangkit dengan kegemilangan.Tetapi jika kita masih dengan amalan tidak mahu menerima dan belajar dari semua kesalahan-kesalahan kita,ianya perkara yang terlalu membuang masa dan pastinya menganggu atau melambatkan proses kebangkitan yang kita idamkan.Sampai bila harus menunggu?Ingat..semakin hari kita semakin tua.Ini pasti.Seperkara yang harus kita ingat bahawa semua kita pasti akan mati.Ini hakikat.Sampai bila kita mahu hidup dalam dunia yang bergelar pesalah?Tanya diri sendiri.Sampai bila?Sanggupkah kita hilang penghormatan selamanya dimata masyarakat.Mahukah sehingga anak-anak kita,generasi kita sendiri akan membesar dan dewasa didalam atau pada masa-masa kelam kita?Mahukah kita mereka akan mengikut jejak kita sebagai pesalah?Sudah tentu kita tidak mahu bukan?Oleh itu mulakan langkah kita ke arah kecemerlangan atau kejayaan itu sekarang.Jangan bertangguh lagi.Belajarlah mengakui kesalahan demi perubahan dan kebaikan.Dan dalam usaha kita untuk bangkit dari kejatuhan jangan lupa memohon dan berdoa kepada yang Maha Berkuasa.Tuhan sekalian alam.Pencipta kita.Jangan cepat berputus asa dengan kesukaran yang datang pada kita hari ini.
Firman Allah di dalam Surah Az-Zumar ayat 53 yang bermaksud:”Katakanlah wahai Muhammad,wahai para hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri dengan perbuatan-perbuatan maksiat,janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.Sesungguhnya Dia maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”
Ayat ini memberikan kita petunjuk bahawa setiap usaha kita untuk bangkit ke arah kebaikan itu akan mendapat pertolongan dari Allah SWT asalkan ianya benar-benar ikhlas.
Kepada para pesalah,bangkitlah dari masa silam yang kelam.

Monday, June 6, 2016
Kembalilah kau Bertakhta
Lihatlah kamu yang tewas,terkapar di lantai
tiada baju dengan malu dan lapar
kamu bukan lagi sang merak yang bangga
dunia reputasimu yang pernah di puncak
telah gugur di celah-celah batu murka
cinta pada kebiadaban..
Impian tidak menyajikan kemanisan
namamu telah terpadam di arena
kamu telah bermain sebenarnya
semasa di persada kamu lupa
nyaman yang membunuh perlahan-lahan
kakimu terbabas
tanganmu terlepas
nafsu terlempias
maruah pun terhempas
Kamu harus pulih dari kesakitan
terbaring di kasur siksa
jiwalah perawat jiwa
carilah penawar sepahitnya
agar kau kembali bugar..
Pulanglah pada mereka
tanpa sebarang ragu
pulihkan citra dan cinta
pada adab dan maknanya…
HR NafieYb
Posted By
- Sharmeyla-
tiada baju dengan malu dan lapar
kamu bukan lagi sang merak yang bangga
dunia reputasimu yang pernah di puncak
telah gugur di celah-celah batu murka
cinta pada kebiadaban..
Impian tidak menyajikan kemanisan
namamu telah terpadam di arena
kamu telah bermain sebenarnya
semasa di persada kamu lupa
nyaman yang membunuh perlahan-lahan
kakimu terbabas
tanganmu terlepas
nafsu terlempias
maruah pun terhempas
Kamu harus pulih dari kesakitan
terbaring di kasur siksa
jiwalah perawat jiwa
carilah penawar sepahitnya
agar kau kembali bugar..
Pulanglah pada mereka
tanpa sebarang ragu
pulihkan citra dan cinta
pada adab dan maknanya…
HR NafieYb
Posted By
- Sharmeyla-
Ku Berikan Pipit Itu Roti
Kala hari rasanya mati
sekawan pipit datang bertandang
dihalaman sempit
menari di anak-anak tangga : pagi tadi
seolah siulnya bertanya
“dirimu kenapa insan?
wajah beriak lesu
mata sinarnya layu
di luar kebiasaan
musibahkah yang mengundang?”
Duhai burung,
mampu hanya separuh tangan
menghulur jabat yang kau tak tahu
lalu ku taburkan cebisan roti
layaknya sebuah jamuan
yang kau pagut dan pergi
namun sebentar kau datang lagi
dan dihati yang lara ini
telah tersusun hibur
biar hanya itu yang ku ada
atas nama persahabatan
digelaran makhluk Tuhan
Wahai pipit,
petang ini kau bertamu lagi
pasti anak-anakmu menanti
pulangmu membawa sesuatu
setelah sehari engkau mencari
dan malam-malam disarang rumputmu
kau hangatkan mereka
dengan sayap kasih sayang
sedang aku
hanya mampu mengumpul rindu
pada wajah-wajah dikasih
setelah begini lama aku pergi
HR NafieYb
Posted By
- Sharmeyla-
sekawan pipit datang bertandang
dihalaman sempit
menari di anak-anak tangga : pagi tadi
seolah siulnya bertanya
“dirimu kenapa insan?
wajah beriak lesu
mata sinarnya layu
di luar kebiasaan
musibahkah yang mengundang?”
Duhai burung,
mampu hanya separuh tangan
menghulur jabat yang kau tak tahu
lalu ku taburkan cebisan roti
layaknya sebuah jamuan
yang kau pagut dan pergi
namun sebentar kau datang lagi
dan dihati yang lara ini
telah tersusun hibur
biar hanya itu yang ku ada
atas nama persahabatan
digelaran makhluk Tuhan
Wahai pipit,
petang ini kau bertamu lagi
pasti anak-anakmu menanti
pulangmu membawa sesuatu
setelah sehari engkau mencari
dan malam-malam disarang rumputmu
kau hangatkan mereka
dengan sayap kasih sayang
sedang aku
hanya mampu mengumpul rindu
pada wajah-wajah dikasih
setelah begini lama aku pergi
HR NafieYb
Posted By
- Sharmeyla-
Hikmah DiTirai Lara
Setelah bergelumang dosa
penyingkiran : penyesalan
berselaput hanya keluhan
dan setelah mengutip sedar
maka hikmahnya menyalin
pengertian
kuasa insaf menunjang
pohon keampunan
Begitulah suratan
menjemput kejatuhan
demi kebangkitan
meluruskan pedoman : dengan janji
kemenangan
Tuhanku
anugerahilah kami
dengan sedunia
keberkatan
HR NafieYb
Posted By
- Sharmeyla-
penyingkiran : penyesalan
berselaput hanya keluhan
dan setelah mengutip sedar
maka hikmahnya menyalin
pengertian
kuasa insaf menunjang
pohon keampunan
Begitulah suratan
menjemput kejatuhan
demi kebangkitan
meluruskan pedoman : dengan janji
kemenangan
Tuhanku
anugerahilah kami
dengan sedunia
keberkatan
HR NafieYb
Posted By
- Sharmeyla-
Hijrah Kasih
Pengaduan itu luahan sekadar
bercengkerama diaras lidah
gemanya didalam kota
garisnya melintas sukma
buka buku lama:
terpampang
Jalang!
Malang!
ada cerita
Dusta!
Petaka!
siapa wajah aku?
maruah maha kabut
tapaknya kalut jua
Dengarlah…
jika sidang masih terbuka
dan ada tangan yang melambai
kan ku berpaling dari arahnya bala
Hasratku menjunjung hasrat
hijrahku mengucup niat
(atas nama persiapan)
dalam memulangkan erti manis
dihembusan nafas-nafas pahit
ku cuba pacakkan tiang rahmat
demi
pengulangan-pemulangan-kepulangan
nama suatu berkat…
Demikianlah…
atas lunak hijrah kasih
yang terbentang di laman kerdil
yang ku tari di pentas kecil
dan esok…
Harap nadiku masih bernada
Harap perih memulangkan hikmah
Harap anjerahlah sebuah muhasabah
Harap semua menanti di sana
Harap Tuhanku masih menerima
HR NafieYb
Posted By
- Sharmeyla-
bercengkerama diaras lidah
gemanya didalam kota
garisnya melintas sukma
buka buku lama:
terpampang
Jalang!
Malang!
ada cerita
Dusta!
Petaka!
siapa wajah aku?
maruah maha kabut
tapaknya kalut jua
Dengarlah…
jika sidang masih terbuka
dan ada tangan yang melambai
kan ku berpaling dari arahnya bala
Hasratku menjunjung hasrat
hijrahku mengucup niat
(atas nama persiapan)
dalam memulangkan erti manis
dihembusan nafas-nafas pahit
ku cuba pacakkan tiang rahmat
demi
pengulangan-pemulangan-kepulangan
nama suatu berkat…
Demikianlah…
atas lunak hijrah kasih
yang terbentang di laman kerdil
yang ku tari di pentas kecil
dan esok…
Harap nadiku masih bernada
Harap perih memulangkan hikmah
Harap anjerahlah sebuah muhasabah
Harap semua menanti di sana
Harap Tuhanku masih menerima
HR NafieYb
Posted By
- Sharmeyla-
Di Kota Batu
Segan menyapa bayu yang singgah
dipinggiran senja..
Aku terus mengukir wadah
membina arca impian terbuku sayu
dengan suara yang telah terungkap silu
Hakikatku jauh dari angan
yang hanyut membara
yang berpasang-pasang rasa
Hasratku lelah mencanang
yang berserakan di pantai duka
Senyumnya bermusim
jiwa kadang halanya kabut
HR NafieYb
Posted By
-Sharmeyla-
dipinggiran senja..
Aku terus mengukir wadah
membina arca impian terbuku sayu
dengan suara yang telah terungkap silu
Hakikatku jauh dari angan
yang hanyut membara
yang berpasang-pasang rasa
Hasratku lelah mencanang
yang berserakan di pantai duka
Senyumnya bermusim
jiwa kadang halanya kabut
HR NafieYb
Posted By
-Sharmeyla-
Monday, May 23, 2016
Syair Manira Dari Penjara
Tintaku airmata
kata-kata adalah lakaran resah
bertapak dianjung mimpi
kalungan angan
untukku memeluk bahagia
yang pernah berpaling
dari wajah yang kusut..
Jika nafasku masih bertahan
layaknya : satu permintaan
syair yang berlagu duka ini
ingin ku letak di aras makna
pulangkan setangkai kembang
yang layu
untukku siram kasih dan puja
kerana didinding batu
segalanya hampir membeku
entahlah..
sukar untukku menduga
masih rapikah halaman
setelah begini lama
ku tinggalkan…
HR NafieYb
Posted By
- Sharmeyla-
kata-kata adalah lakaran resah
bertapak dianjung mimpi
kalungan angan
untukku memeluk bahagia
yang pernah berpaling
dari wajah yang kusut..
Jika nafasku masih bertahan
layaknya : satu permintaan
syair yang berlagu duka ini
ingin ku letak di aras makna
pulangkan setangkai kembang
yang layu
untukku siram kasih dan puja
kerana didinding batu
segalanya hampir membeku
entahlah..
sukar untukku menduga
masih rapikah halaman
setelah begini lama
ku tinggalkan…
HR NafieYb
Posted By
- Sharmeyla-
Ku Berikan Pipit Itu Roti
Kala hari rasanya mati
sekawan pipit datang bertandang
dihalaman sempit
menari di anak-anak tangga : pagi tadi
seolah siulnya bertanya
“dirimu kenapa insan?
wajah beriak lesu
mata sinarnya layu
di luar kebiasaan
musibahkah yang mengundang?”
Duhai burung,
mampu hanya separuh tangan
menghulur jabat yang kau tak tahu
lalu ku taburkan cebisan roti
layaknya sebuah jamuan
yang kau pagut dan pergi
namun sebentar kau datang lagi
dan dihati yang lara ini
telah tersusun hibur
biar hanya itu yang ku ada
atas nama persahabatan
digelaran makhluk Tuhan
Wahai pipit,
petang ini kau bertamu lagi
pasti anak-anakmu menanti
pulangmu membawa sesuatu
setelah sehari engkau mencari
dan malam-malam disarang rumputmu
kau hangatkan mereka
dengan sayap kasih sayang
sedang aku
hanya mampu mengumpul rindu
pada wajah-wajah dikasih
setelah begini lama aku pergi
HR NafieYb
Posted By
- Sharmeyla-
sekawan pipit datang bertandang
dihalaman sempit
menari di anak-anak tangga : pagi tadi
seolah siulnya bertanya
“dirimu kenapa insan?
wajah beriak lesu
mata sinarnya layu
di luar kebiasaan
musibahkah yang mengundang?”
Duhai burung,
mampu hanya separuh tangan
menghulur jabat yang kau tak tahu
lalu ku taburkan cebisan roti
layaknya sebuah jamuan
yang kau pagut dan pergi
namun sebentar kau datang lagi
dan dihati yang lara ini
telah tersusun hibur
biar hanya itu yang ku ada
atas nama persahabatan
digelaran makhluk Tuhan
Wahai pipit,
petang ini kau bertamu lagi
pasti anak-anakmu menanti
pulangmu membawa sesuatu
setelah sehari engkau mencari
dan malam-malam disarang rumputmu
kau hangatkan mereka
dengan sayap kasih sayang
sedang aku
hanya mampu mengumpul rindu
pada wajah-wajah dikasih
setelah begini lama aku pergi
HR NafieYb
Posted By
- Sharmeyla-
Subuh di Lokasari
Subuh di Lokasari
masih seperti siang tadi
anak kecil tiada lelap..tiada rumah
masih bugar menadah tangan
sedang wanita berbaju jarang
setia berdiri dihujung simpang
Hayam Wuruk…
Subuh di Lokasari
sepohon ara
dan seorang tua berteduh
disana ia berumah
ketawa dan bercakap sendiri
ku pasti…
sedunia derita terpikul
dicelah gerai penjaja bakso
didepan gah hotel lima bintang
( Olimpik hotel namanya)
kenapa tiada yang kisah?
nasi uduk ku beri
bersuap selajunya…
Subuh di Lokasari
saatku bercerita dengan pembawa ojek
dari semalam menunggu penumpang
ku disapa Putri Ratna
yang singgah membeli pulsa
sebatang rokok ditangan
dari semalam belum pulang katanya
dan Lokasari menjadi saksi
tika sembang dan sarapan pagi
ada cerita menyentuh hati
kenapa dia di Lokasari
Siang menjelma
ku tinggalkan segalanya
kerana mobilku telah tiba
untukku berangkat
ke Villa Domba…
HR NafieYb
Posted By
- Sharmeyla-
masih seperti siang tadi
anak kecil tiada lelap..tiada rumah
masih bugar menadah tangan
sedang wanita berbaju jarang
setia berdiri dihujung simpang
Hayam Wuruk…
Subuh di Lokasari
sepohon ara
dan seorang tua berteduh
disana ia berumah
ketawa dan bercakap sendiri
ku pasti…
sedunia derita terpikul
dicelah gerai penjaja bakso
didepan gah hotel lima bintang
( Olimpik hotel namanya)
kenapa tiada yang kisah?
nasi uduk ku beri
bersuap selajunya…
Subuh di Lokasari
saatku bercerita dengan pembawa ojek
dari semalam menunggu penumpang
ku disapa Putri Ratna
yang singgah membeli pulsa
sebatang rokok ditangan
dari semalam belum pulang katanya
dan Lokasari menjadi saksi
tika sembang dan sarapan pagi
ada cerita menyentuh hati
kenapa dia di Lokasari
Siang menjelma
ku tinggalkan segalanya
kerana mobilku telah tiba
untukku berangkat
ke Villa Domba…
HR NafieYb
Posted By
- Sharmeyla-
SIKSANYA JIWA
Artikel ini dipetik daripada satu bab yang terdapat dalam buku’ DUNIA DISEBALIK TEMBOK(WORLD BEHIND THE WALL)’.Paparan ini adalah sebagai satu perkongsian keatas perkara-perkara yang diharap boleh membawa kebaikan kepada semua pihak.
Penghantar
-Sharmeyla-
Waris Penulis
SIKSANYA JIWA
Aduhai rindunya…inilah ungkapan pendek yang sebenarnya mempunyai makna dan kesan yang panjang apabila berada di dunia tembok batu ini.Perasaan yang datang pada setiap saat ini tidak pernah mengecualikan sesiapa saja yang bernama penghuni di sini.Itulah teman yang paling sejati yang melambangkan betapa sebuah pengasingan seperti pemenjaraan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang melibatkan perasaan seseorang manusia itu.Aku banyak menyentuh tentang ini sebenarnya.Bagaimana rasanya hidup di sebuah tempat bernama penjara yang sentiasa menekan kita dengan pelbagai perasaan yang amat menyiksa jiwa sehingga ia kadangkalanya menjadi satu penderitaan yang ada waktunya hampir tidak tertahan.Pengulangan ulasan keatas perkara-perkara yang melibatkan perasaan ini aku fikirkan perlu bagi maksud memberi kesedaran kepada orang lain yang belum merasai kehidupan yang sebegini.Agar anda dapat menilai sebaik-baiknya langkah dan cara di dalam hidup seharian supaya jauh daripada terpesong sehingga mengundang padah dan salah yang seterusnya mampu mengheret ke penjara kesan dan akibat daripada semua pelakuan-pelakuan kita di luar sana.Sebahagian besarnya daripada pengulangan keatas aspek kejiwaan ini juga aku tanggapi sebagai satu bentuk terapi diri melalui luahan perasaan keatas peristiwa dan perkara yang telah menimpa selama ini.Betapa hidup yang terlalu dipersia-siakan selama ini akhirnya mengundang padah.Itu terlalu mahal harganya.Pengalaman dan pengajaran ini tidak dapat aku bandingkan nilainya dengan apa jua.Malah ada waktunya semua yang bersarang di dalam jiwa ini terlalu sukar untuk ditafsir maknanya.Jika perasaan-perasaan halus dan yang dianggap biasa seperti rindu itu bertandang,ada waktunya ia muncul seiring dengan perasaan keliru.Rindu pada apa sebenarnya.Jika rindu yang datang itu pada orang-orang tersayang ianya sesuatu yang
boleh dianggap normal dan biasa.Namun adakalanya perasaan merindui sesuatu yang tidak sepatutnya juga muncul sepanjang masa.Perasaan seperti inilah yang amat menyakitkan kerana kita sedar bahawa apa yang dirindui itu dan bagaimana hebatnya perasaan rindu itu ianya tidak akan mampu ke mana serta tidak dapat diubati walau dengan apa cara sekalipun.Aku harus jujur menyatakan tentang ini.Berada selama beberapa tahun di dalam kamar batu ini masih tidak mampu memisahkan aku dengan beberapa perkara yang sewaktu bebas dulu aku sendiri telah persiakan.Pengabaian serta pemalingan kepada beberapa perkara itu dulu sebenarnya lebih layak diletak dan disebut sebagai penyesalan.Itu perkara lain.Apa yang lebih menyakitkan ialah perkara-perkara yang disesali itu juga diselaputi kerinduan yang adakalanya teramat sangat.Aku harus mengakui bahawa inilah yang melingkari hidup aku di sini.Aku sangat rindukan seseorang.Wanita yang pernah aku kahwini selama lebih 20 tahun lamanya namun atas kebodohan diri yang gagal untuk menilai sedalam-dalamnya apa yang ada pada dirinya membuatkan aku lupa,berpaling pada yang lain lalu meninggalkannya ketika itu.Aku rindukan segala-galanya tentang dia.Kebaikannya, kesabarannya,malah, kekurangannya jua aku rindui.Penilaian yang gagal aku lestarikan ketika di luar dulu angkara ‘kesibukan’ dengan pelbagai perkara yang akhirnya perkara-perkara itulah juga yang telah memusnahkan diri dan kehidupan.Di dalam tembok batu ini dindingnya bagaikan hamparan layar yang menayangkan semula semua detik-detik hidup di luar dulu dan tayangan-tayangan ini lebih kepada pertaliannya dengan jiwa dan rasa.Inilah yang aku perkatakan tadi.Selain daripada rindukan anak-anak yang menjadi dewasa sendiri tanpa mampu berbuat apa-apa disaat mereka memerlukan,perasaan kepada perkara-perkara yang melibatkan kegagalan dalam hubungan ini juga membangkitkan rasa rindu yang amat pahit kepada diri.Aku gagal untuk sembunyikan semua sesalan berisi rindu pada wanita bernama Yati ini.Ianya terlalu menyiksa jiwa.Kenangan dan nostalgia sewaktu hidup bersama dulu datang satu persatu tanpa mengira ketika dan waktu.Hidup bersama selama 20 tahun itu bukanlah satu tempoh yang sekejap.Di dalam tempoh yang lama itu telah menyimpul begitu banyak kebaikan dan kekurangan.Di mana pun dirinya berada diantara kedua-dua fitrah manusia itu,aku tetap mengenang segala-galanya diantara yang terindah.Aku harus jujur menyatakan bahawa semua ini amat menyiksa jiwa.Begitulah juga kepada semua penghuni yang
berada di dalam dunia kecil ini.Aku amat menyakini bahawa tiada siapapun yang akan terlepas daripada perasaan seperti rindu ini.Cuma,perkara dan apa yang dirindukannya itu mungkin sama dan mungkin juga berbeza.Aku melihat sendiri keadaan ini.Selama beberapa tahun disini telah menganugerahkan aku dengan satu lagi ‘kebolehan’ baru iaitu kemampuan membaca riak dan reaksi para perindu-perindu ini.Ada yang tidak mampu tidur diwaktu malam.Duduk dan termenung di dinding.Ada yang tanpa sedar akan duduk berjam-jam di depan pintu besi blok sambil menghulurkan tangan dicelah-celah jaring pintu dan termenung panjang tanpa memperdulikan orang sekeliling.Malah ada sebahagian daripada penghuni ini melepaskan siksaan jiwa mereka dengan kemarahan serta tindakan yang sukar diduga.Golongan ini akan menjadikan kemarahan sebagai ubat bagi mengatasi suatu perasaan lain(rindu)yang tidak mampu dilepaskan ketika itu.Dengan suasana persekitaran yang membosankan,bising dan sebagainya disebabkan kesesakan dalam blok menjadikan perasaan-perasaan seperti ini menambahkan parah siksanya jiwa.Dalam situasi lain aku pernah menangani kes seorang banduan yang telah lanjut usianya(dalam lingkungan 65 tahun)yang ditahan atas kesalahan jenayah cabul(cucu sendiri).Pada satu hari ketika kami bersiap-siap untuk menunaikan solat maghrib secara tiba-tiba penghuni tersebut menangis sekuat hatinya dan menerpa sambil memeluk seorang penghuni muda yang berumur dalam lingkungan 20an.Dalam keadaan terpinga-pinga penghuni yang dipeluk itu hanya membiarkan saja pelakuan orang tua tersebut.Sehingga akhirnya aku bertanya apa yang telah berlaku.Dia menjawab yang dia terlalu rindukan anak-anaknya sejak beberapa hari itu dan tidak mampu menahan rasa yang menyiksa jiwanya,menangis lalu memeluk anak muda tersebut yang seusia dengan salah seorang anaknya.Apatah lagi pada penghuni yang tidak dilawati atau kurang mendapat perhatian daripada keluarga di luar.Ini biasanya berlaku kepada pesalah-pesalah yang terlibat dengan jenayah seksual terhadap keluarga mereka sendiri sehingga mengakibatkan penyisihan daripada keluarga dan masyarakat.Samada penyisihan/penjauhan itu bersifat untuk memberi pengajaran ataupun kebencian.Inilah yang dikatakan oleh saudara Munif Zainuddin Fitri Nordin yang aku petik dalam Dewan Bahasa November 2008.
“Oleh sebab itu banyak orang yang pernah dihukum penjara mengalami stress,trauma atau tekanan terus menerus apabila kembali ke pangkuan masyarakat.Kes stress
sehingga membawa kepada gangguan mental,pemencilan diri,kemurungan,kekecewaan dan bunuh diri antara lain oleh bahasa yang digunakan oleh orang lain yang tidak berkemahiran menolong atau tidak berminat memberikan inspirasi dan motivasi.Kesalahan masa lalu dibesar-besarkan,diungkit-ungkit dan dijadikan ukuran.Sedikit kesilapan lebih cepat disebarkan berbanding segunung kebaikan.”
Mungkin kenyataan yang dibuat oleh saudara Munif ini menyentuh kepada persoalan bahasa di dalam majalah tersebut namun aku tertarik untuk mengulasnya apabila dia menyentuh tentang jiwa dan perasaan.Mungkin beliau mengeluarkan kenyataan ini hanya berdasarkan kajian dan bukan atas pengalaman sebagai seorang banduan,namun ia benar dan tepat.Sebagai seorang yang berpengalaman melalui sendiri kehidupan sebagai seorang banduan,aku kirakan semua yang diperkatakan oleh penulis itu adalah keadaan sebenar yang terjadi pada sebahagian besar daripada pesalah dan bekas banduan itu sendiri.Perasaan seperti ini sebenarnya telah mula bercambah dari dalam penjara lagi.Tekanan demi tekanan yang datang dari pelbagai rasa yang menyiksakan ini berterusan sehingga mereka dibebaskan apatah lagi jika tanpa sokongan daripada keluarga dan masyarakat di luar sana semakin menambahkan lagi keparahan pada siksaan di dalam jiwa seseorang bekas banduan itu.Kenyataan begini selari dengan apa yang aku depani setiap hari.Banyak kes dimana pesalah yang mengalami pelbagai rasa yang menyiksakan ketika berada di dalam penjara dan akhirnya bebas namun dalam masa yang singkat masuk semula ke penjara ini atas kesalahan jenayah yang berulang dilakukannya di luar sana.Sebabnya yang selalu mereka maklumkan kepada aku ialah atas rasa kecewa akibat penolakan keluarga serta masyarakat yang akhirnya mendorong mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama rakan-rakan jenayah yang lain yang sudi menerima mereka dan akhirnya tertangkap lalu kembali ke penjara.Semua ini saling berkaitan.Jiwa yang tidak pernah tenteram sewaktu dalam pemenjaraan yang berterusan setelah dibebaskan.Inilah diantara faktor yang menyebabkan masalah jenayah berulang ini sukar dibendung dengan berkesan.Di dunia tembok batu bernama penjara ini jiwa yang tersiksa itu boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian tertentu yang kesemuanya menyakitkan.Ini pernah aku sebut di dalam buku yang pertama
dulu.Perasaan terbesar yang menguasai jiwa dan diri kebanyakan penghuni terutamanya penghuni yang digelar sebagai ‘penghuni umum’(banduan pertama kali dipenjarakan)ialah rasa penyesalan.Dalam situasi yang begini sukar pada segala-galanya apatah lagi jika hasil dari perbuatan jenayah yang dilakukan sehingga membawa ke penjara mencetuskan peristiwa hitam yang lain seiring dengan kelamnya hidup pelaku jenayah itu sendiri.Banyak kes-kes sebegini yang aku temui.Pernah seorang banduan yang dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun akibat kesalahan merogol adik sendiri mengalami penyesalan berganda.Bukan saja dari pemenjaraan yang begitu lama tetapi belum pun sebulan dia di penjarakan telah datang perkhabaran buruk padanya pada satu hari iaitu ibu dan adiknya yang menjadi mangsanya itu telah meninggal dunia dengan cara yang begitu dramatik serta menyayat hati dengan membunuh diri(meminum racun)selang dua hari diantara satu sama lain.Walaupun aku tidak bertanya tentang punca sebenarnya namun aku menduganya atas sebab tekanan dan malu pada masyarakat sekeliling atas apa yang telah dilakukan oleh penghuni itu.Peristiwa ini telah meninggalkan satu rasa sesal yang tidak terhingga kepada pesalah ini.Malangnya,sebesar gunung dan seluas lautan sekalipun penyesalan itu ianya telah terlambat.Itu hanyalah sebahagian daripada peristiwa dan perkara yang berlaku.Dikalangan penghuni-penghuni lain rasa sesal itu juga tidak pernah habis.Aku pernah menyatakan bahawa jika perasaan sesal itu boleh bertukar kepada sebarang bentuk berjisim serta boleh dikeluarkan,tiada ruang untuk berjalan atau bergerak di dalam penjara ini kerana semua ruangan akan dipenuhi oleh bongkah-bongkah,puing-puing ataupun serpihan-serpihan penyesalan yang terlalu banyak itu.Semua ini sukar terlepas dan amat menyiksa jiwa.Aku,walaupun dimata penghuni-penghuni baru yang sering aku berikan motivasi kelihatan tenang dan bersahaja namun tiada siapa yang tahu betapa pengurungan di dunia tembok batu ini sebenarnya telah terlalu banyak meninggalkan rasa penyesalan yang sehingga kini berbekas jauh ke lubuk jiwa.Penyesalan terbesar diantara ribuan penyesalan lain yang tidak kurang hebatnya ialah berkaitan dengan urusan,hubungan serta perjalanan pada hidup berumahtangga yang sehingga ke hari ini aku gagal untuk memaafkan diri.Itu yang aku sebutkan pada awal tadi bagaimana perasaan rindu yang menjadi iringan diantara kepelbagaian rasa yang amat menyiksakan itu sering mengisi ruangan hati pada seseorang yang telah
dipersia-siakan itu.Menyebutnya untuk kali kedua di sini juga perlambangan pada penyesalan itu sendiri.Aku bersamanya lebih 20 tahun dan dikurniakan cahayamata yang baik yang hari ini terpaksa mendepani semua cabaran kedewasaan itu tanpa aku sebagai seorang ayah di sisi mereka.Peminggiran yang aku lakukan pada wanita yang aku kirakan hebat,baik dan setia ini berlaku begitu lama serta melalui begitu banyak peristiwa dan bukti itu.Namun kemuncaknya ialah apabila aku mula meninggalkannya untuk mengejar cinta wanita lain yang aku perkirakan lebih baik dan sempurna daripada dia yang aku nikahi lebih dua abad itu.Sehingga ke hari ini aku masih tidak mampu melupakan rayuan dan airmatanya yang tumpah yang langsung tidak aku pedulikan ketika dia meminta aku untuk membuka mata seluas-luasnya pada pilihan yang ada.Kegagalan untuk menyingkirkan imbauan dan bayangan pada tangisannya ketika itu adalah tanda kepada rasa penyesalan yang aku tanggung sehingga ke hari ini di dalam tempat sekecil ini namun mampu memberikan kesan yang cukup besar pada rasa dan jiwa.Penyesalan terbesar ialah apabila wanita lain yang aku kejar dan tanggapi akan bersama aku sehingga akhir hayat itu telah meninggalkan aku ketika berada dalam kesusahan di penjara ini.Dia hanya mampu bertahan dan datang melawat pada dua tahun yang pertama.Selepas itu hilang tanpa berita dan dalam aku tercari-cari punca ‘kehilangan’ itu aku bertemu jawabannya pada satu hari dengan satu petunjuk dari Tuhan yang tidak diduga setelah itu yang selalu aku pohon dalam solat ku.Dia yang juga wanita yang telah menyebabkan aku meninggalkan sebuah perkahwinan sebenarnya telah mengahwini lelaki lain sewaktu aku di sini dan telah mempunyai seorang cahayamata ketika aku mendapat perkhabaran itu.Pada awalnya aku tersentak namun sebagai seorang hamba Allah aku redha pada ketentuan dan takdirNya.Aku tidak menyalahkan sesiapa (termasuk dia)selain salahkan diri sendiri.Cuma seperti yang aku katakan tadi peristiwa ini memang meninggalkan penyesalan kerana terlalu banyak tinggalan luka dan deitanya di sana sini yang melibatkan banyak hati.Dengan perkhabaran yang aku terima pada 18/02/2015(bertepatan dengan hari lahir wanita itu)dalam kelam yang diiring rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana membuka jawaban pada persoalan kemana perginya dia dalam dua tahun itu.Aku menyimpan potretnya bersama dua cahayamata kami ditempat tersembunyi sedangkan selama ini itulah yang aku pamerkan ke dalam kamar
sempit ini sebagai pelepas rindu.Dan yang masih kekal terpampang di tempat tidur aku ialah potert anak dan ibu mereka dari perkahwinan yang pertama.Betapa aku teramat rindukan mereka dan tanpa malu harus ku akui yang aku sesal.Semua cerita tentang ini telah terlalu banyak menyiksakan jiwa.Kepada insan yang pernah mencatatkan cerita dan nostalgia pada sebuah kehidupan yang pernah dilalui,aku memohon maaf sesungguhnya dan semoga mereka bahagia dengan kehidupan lain yang sukar untuk didengar dan dilihat dari balik tembok keterbatasan ini.Peristiwa yang aku paparkan berkaitan dengan diri sendiri ini adalah petunjuk kepada kepelbagaian rasa yang menyiksakan di dalam penjara ini.Beriring dengan itu banyak lagi perasaan-perasaan lain yang akan muncul.Malu pada apa yang telah berlaku.Ini kerana menjadi seorang banduan dan menghuni penjara ini bukanlah sesuatu cerita yang manis untuk diperkatakan.Ini adalah satu fasa dalam kehidupan yang sangat memalukan.Ditambah lagi dengan tanggapan dari masyarakat yang telah berakar umbi sejak sekian lama betapa penjara dan banduan ini adalah dua subjek yang tidak baik.Tanggapan serta menyedari diri berpijak dimana kini mengundang rasa rendah diri dalam bentuk malu.Malu pada keluarga,masyarakat dan diri sendiri juga membayangkan bermacam perkara yang terpaksa diterima oleh orang lain yang dekat dengan kita atas pelakuan jenayah yang kita lakukan di luar dulu mengundang perasaan yang sangat menyiksakan ini.Malah di penjara ini kita akan didatangi perasaan takut.Ketakutan pada kepelbagaian sebab.Diantaranya kita takut pada masa depan yang bagaimana bakal menunggu kita setelah keluar dari penjara kelak dan bergelar bekas banduan.Bagaimanakah penerimaan keluarga dan masyarakat khususnya kepada diri kita yang dianggap kotor ini.Bagi yang masih ada seseorang yang menunggu diluar sana yang mungkin terdiri daripada isteri,tunang atau kekasih akan didatangi dengan kerisauan serta ketakutan ditinggalkan orang-orang tersayang ini.Semua ini berlaku di dalam penjara.Berapa ramai yang aku temui terperangkap dalam ketakutan mereka keatas perkara-perkara yang melibatkan kesetiaan orang-orang tersayang di luar sana.Semua perasaan begini cukup menyiksakan jiwa pada mereka yang mengalami dan merasai.Itu sebabnya salah satu rasa yang datang mengasak dalam diri orang yang mempunyai kerisauan tertentu serta bayangan tentang rancangan yang bakal dilaksanakan di luar sana ialah keinginan membuak-buak untuk segera keluar dan
bebas dari dunia tembok batu ini.Apatah lagi apabila mendengar khabar-khabar indah tentang dunia luar yang telah ditinggalkan(terutamanya pada hukuman lama).Rasa ingin bebas ini juga semakin mendesak ke dalam jiwa bila mengetahui ramai kawan-kawan lama yang semakin maju dan berjaya dalam pekerjaan mahupun perniagaan mereka sedangkan kita di penjara ini tidak mampu pergi jauh dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk mencipta sesuatu bernama kejayaan.Siksanya jiwa mendepani semua perasaan ini.Siksaan dijiwa ini bertambah parah dengan suasana yang terkurung dan sesak yang terpaksa dilalui setiap hari.Bersemuka dengan manusia yang sama(penghuni/banduan lain)yang datang dengan pelbagai latarbelakang dan karenah.Suasana dan situasi sebegini membawa kita kepada imbauan tentang keseronokan dan bahagianya kehidupan di luar sana yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu.Maka itulah di penjara ini seperkara yang sering dinantikan oleh penghuni-penghuninya ialah dilawati oleh keluarga.Lawatan ini aku kirakan cukup bermakna kepada setiap penghuni yang berada di dalam tembok ini.Ia bagaikan simbolik dan perlambangan bahawa mereka masih lagi disayangi oleh keluarga walaupun telah berbuat salah.Sokongan seperti ini sedikit sebanyak mampu mengembalikan semangat untuk terus meneruskan hidup yang sebahagian daripadanya turut membeku sebagaimana kakunya dinding-dinding batu diseluruh penjara itu.Kunjungan walau hanya bertanya khabar ini juga diantara penawar terbaik dalam mengurangkan kesakitan keatas siksaan jiwa pada setiap yang bernama banduan itu.Ini kerana dalam terkial-kial menguruskan hidup di tempat sebegini,anasir-anasir pengganggu jiwa ini cukup memberikan keresahan,kemurungan dan sebagainya.Maka itulah tidak menghairankan jika kita melihat bagaimana setiap banduan itu sedaya upaya mencari jalan untuk menangani apa jua gelora yang melanda jiwa semasa di dalam pemenjaraan ini.Ada gelora itu kecil dan ada pula bagaikan badai taufan yang melanda.Seperti pengalaman yang aku lalui sendiri sebagaimana yang telah diceritakan pada awal tadi.Bagaimana satu perasaan kecewa akibat ditinggalkan begitu saja oleh seseorang bersama dua orang cahayamata yang tidak pernah lagi kelihatan dan kedengaran khabar mereka sejak beberapa tahun ini.Segalanya menjadi satu tamparan yang sangat hebat namun aku mampu menangani semua itu dengan baik.Semua kekuatan itu datang dari dalam diri.Aku mengambil kaedah kerohanian dengan
memperbanyakkan pendekatan kepada Allah sejak aku mula berada di sini.Alhamdulillah,cara ini memberikan kekuatan yang cukup luar biasa kepada aku dalam berdepan dengan kekecewaan akibat permainan duniawi seperti ini.Mengupas pengertian redha,takdir,qada dan qadar serta hikmah yang ditentukan oleh Allah memaniskan segala kepahitan yang bersarang dalam diri.Dalam pada itu aku mengambilkan pendekatan menulis sebagai satu bentuk luahan khususnya dalam bentuk puisi.Banyak hasil-hasil tulisan itu bercerita tentang rasa walaupun pada awalnya luahan rasa dalam bentuk puisi ini hanya mampu tertulis pada kertas-kertas pembalut biskut kerana ketiadaan bahan menulis seperti kertas ketika itu.Ada juga sebahagian daripada banduan-banduan ini mengambil cara dengan menjadikan dinding-dinding sel atau bilik sebagai kanvas meluahkan rasa dan gelora dijiwa samada dalam bentuk tulisan ataupun lukisan.Maka itu tidak hairanlah bila kita lihat dimana-mana sel yang melibatkan pengurungan,dindingnya pasti akan dikotori dengan begitu banyak coretan dan catatan manusia yang terkongkong serta terkurung jiwa dan raganya.Inilah yang dimaksudkan oleh K.Azril yang mungkin bukanlah seorang banduan dan tidak berpengalaman hidup di dalam sel-sel penjara namun tertarik dengan hasil seni seperti ini sehingga mendorong beliau untuk membuat pameran solo fotograpinya yang berkaitan dengan lukisan-lukisan banduan dinding di penjara Pudu.(Petikan dari Dewan Budaya Ogos 2005).Sesungguhnya benar,jika kita menyatakan bahawa kehidupan disebuah tempat bernama penjara itu terlalu meyiksakan jiwa.Ia datang dalam pelbagai bentuk dan dari bermacam sumber yang terduga atau tidak.Segala-galanya berkisar tentang jiwa.Sebagai seorang manusia yang dikurnuakan oleh Allah dengan jiwa pasti tidak akan lari dari hakikat ini.Apatah lagi berada disebuah tempat yang tidak mampu untuk kita berbuat apa-apa terhadap banyak perkara.Hargailah kebebasan yang penuh kenikmatan itu dengan berbuat kebaikan.Jangan menjadi kami yang parah jiwanya dengan siksaan dari cetusan tangan sendiri.

Monday, May 16, 2016
Di Maniskan Kepahitan
Setelah begini lama dalam nazak
batasan itu menutut hak
jujurlah mengerti…
walau mundar mandir di lapangan
dinding sama..lantai serupa..wajah saja berganti
harusnya kau bertanya
aku sebenarnya bosan…
Dalam semua warna musim
bersingkap terlalu siksa
ingatan pada indahku pudarkan
buat seketika…
kerana aku ditelanjangkan hambar
itu dulu..ya dulu-dulu
kini..nafasku kembali tenang
riakku berhias redha
jujur jiwaku menafsir
perihal hikmah dibalik rahsia
bakal ku selongkar makna
yang dimaniskan kepahitan….

Guru
Tugasan
yang kau sandang
beratnya pasti
namun anggun
di lorong kewajiban
menggilap generasi
demi satu penghormatan
pada gelar dan layaknya
jangan sampai
kitab-kitab kerenyukan
airmata dan ruang
mengisi kebanggaan
bertahkta
di puncak hasrat
HR NafieYb
Posted By
-Sharmeyla-
yang kau sandang
beratnya pasti
namun anggun
di lorong kewajiban
menggilap generasi
demi satu penghormatan
pada gelar dan layaknya
jangan sampai
kitab-kitab kerenyukan
airmata dan ruang
mengisi kebanggaan
bertahkta
di puncak hasrat
HR NafieYb
Posted By
-Sharmeyla-
Dia yang mengerti
Ku rindui banyak kenangan yang pernah berhias ditirai
hidup tanpa mampu meminggirkan segala jiwa dan
indah yang pernah kau persembahkan.Walau tiada dayaku
kini untuk mengutip kata dan airmata yang ku persia
atau mengukir semula sekilas tawamu yang pernah ada,
aku tetap pasrah untuk untuk terus yakin menadah
moga ada saatnya yang bakal tiba untukku peluk dikau
atas getaran cinta.
Kala itu akan ku usir leka jauh dari aku agar dipertemuan
semula itu tiada lagi lagu duka.Ia telah ku sedari kini,
meninggalkanmu telah menemukan aku dengan kelam,
bukanlah pencarian diharap sebutir intan malah kaca wujudnya.
Maka ungkitan di garis waktu yang membuka segulung
sesal adalah mintaku yang kecil dari sebesar maaf
pada petikan dosa bercenderahati luka yang pernah
ku beri di kamar hidup.Moga halaman yang bakal
ku pinta bertabur bunga-bunga bahagia hendaknya….

SEHARI BAGAIKAN SETAHUN
Artikel ini dipetik daripada satu bab yang terdapat dalam buku’ DUNIA DISEBALIK TEMBOK(WORLD BEHIND THE WALL)’.Paparan ini adalah sebagai satu perkongsian keatas perkara-perkara yang diharap boleh membawa kebaikan kepada semua pihak.
Penghantar
-Sharmeyla-
Waris Penulis
SEHARI BAGAIKAN SETAHUN
Malam menanti siang
siang menanti malam
bagai bertahun lamanya
masa memisahkan kita
hinggaku terlupa pada paras rupa…
Itu adalah diantara petikan lirik sebuah lagu yang amat terkenal yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi tersohor tanahair.Walaupun ianya sekadar sebuah lagu yang menjadi siulan dimana-mana namun ungkapan awal pada lagu tersebut seolah-olah menggambarkan bagaimana putaran masa yang seakan terhenti atas sebab-sebab tertentu.Atau pun peredaran siang dan malam yang melengkapkan rutin pengiraan sehari itu adalah terlalu lambat.Biasanya keadaan atau situasi begini berlaku dalam kehidupan kita seharian terutama sekali apabila kita berada disatu tempat tertentu yang kosong daripada segala aktiviti ataupun kita sedang menanti sesuatu yang masih jauh dari jangkauan.Apa yang pasti dari semua keadaan / situasi itu akan dihiasi dengan kebosanan.Ini kerana pada situasi dan tempat tertentu kita langsung tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengisi hari-hari yang dilalui itu dengan kegembiraan.Dimanakah keadaan begini anda akan temui?Pasti pelbagai jawaban boleh diberikan.Setiap orang memiliki perjalanan dan pengalaman hidup yang telah mereka lalui atau mungkin mereka rasakan adalah jawaban terbaik.Masing-masing ada pendapat tersendiri.Bayangkan situasi ini.Satu keadaan biasa yang sering anda alami.Aku yakin semua dari kita pernah melaluinya.Situasinya begini,anda berada dirumah dan dilarang keluar oleh ibu bapa atas sebab-sebab tertentu.Kita tidak dibenarkan ke mana-mana dan mesti berada dirumah untuk tempoh tertentu(mungkin beberapa hari).Sebagai seorang manusia yang dianugerahi Tuhan dengan kepelbagaian sifat dan keinginan yang biasanya menjurus kepada kebebasan untuk mencapai semua hasrat itu.Kita mahu setiap saat itu hanya terisi dengan perkara-perkara menyeronokkan.Berjalan ke sana sini tanpa sekatan untuk melakukan apa saja.Apabila keadaan yang disebutkan tadi(terkurung)berlaku keatas kita,maka timbullah rasa seperti bosan,marah dan sebagainya.Kebosanan yang
datang atas sebab pengurungan itu akan menyebabkan kita rasa dunia ini telah berhenti berputar.Bosan..bosan..bosan…Itulah yang menyelimuti perasaan kita.Itu dirumah.Yang penuh dengan kemudahan.Ada televisyen,radio,dvd,computer, internet,bahan bacaan dan makanan yang pelbagai.Pendekkata segalanya lengkap untuk memerangi dan menghilangkan kebosanan itu.Bezanya,kita hanya dikurung dan tidak dibenarkan berjalan kemana-mana.Dengan semua kemudahan yang ada situasi itu masih membosankan bukan?Dengan segalanya tersedia dari segi kemudahan dan keperluan,masa masih dirasakan lambat berjalan.Sehari bagaikan sebulan.Itu situasi dimana semua dari kita pernah melaluinya.Bagaimana pula dengan perjalanan hidup di sebuah dunia yang dipagari tembok batu dan besi bernama penjara ini?Pernahkah anda membayangkannya?Aku yakin ramai diantara anda diluar sana sukar untuk membayangkan keadaan sebenar sebuah kehidupan di penjara itu melainkan anda pernah melaluinya.Ianya bukanlah sebuah kehidupan biasa yang sering kita perolehi kepelbagaiannya sepertimana di dunia bebas itu.Mendengar cerita dan bayangan semata-mata tidak cukup untuk menggambarkan tentang dunia batu ini.Sebab itulah aku tulis buku ini serta buku-buku lain yang berkisar tentang penjara.Aku cuba kongsikan dengan semua pembaca walau dimana mereka berada agar gambaran tentang penjara itu akan menerbitkan kegerunan dihati untuk berusaha menjauhi penjara dalam ertikata menjadi penghuninya.Di penjara semuanya seakan berhenti.Masa,hasrat,nadi dan apa jua.Aku katakan begitu kerana suasana dan cara hidupnya adalah jauh berbeza dengan kehidupan di luar sana.Segala-galanya.Dengan rutin yang sama,persekitaran yang serupa dan ketiadaan kemudahan selain daripada perkara-perkara asas merupakan faktor penyumbang utama kenapa hidup di penjara ini seakan terhenti.Jika dibuat perbandingan dengan kehidupan bebas itu,ianya bagaikan langit dan bumi.Seperti contoh yang diberikan tadi,walau kita dikurung dalam sebuah rumah,ianya masih lengkap dengan pelbagai kemudahan dan keperluan yang kita mahu.Itupun telah memalitkan kebosanan.Bayangkan pula jika kita dikurung di dalam sebuah bilik(24 jam)yang dindingnya hanya batu dan besi.Tanpa ada sebarang hiburan,bahan bacaan dan lain-lain.tanpa mampu bergerak kemana-mana selain hanya berlegar-legar diruangan kecil.Bercakap,berjalan serta segala perbuatan harus dikawal dan selaras dengan peraturan.Tanpa makanan sepertimana di rumah melainkan catuan yang telah disediakan oleh Jabatan Penjara.Setiap hari anda akan melalui rutin yang sama.Bangun awal pagi,baris untuk kiraan wajib,sarapan dan mundar mandir di
dalam bilik yang keluasannya terhad dan tertakluk di zon di mana anda ditempatkan.Anda dianggap bernasib baik jika terpilih untuk bekerja atau berada di fasa program kerana ianya memberi peluang untuk mengikuti pelbagai program dalam sehari.Namun dalam semua perkara itupun ianya tetap pada rutin yang sama setiap hari.Mampukah anda menghadapi semua ini dalam tempoh yang lama(bertahun-tahun).Aku yakin siapa saja yang pernah melalui kehidupan di penjara ini akan memberi jawaban bahawa ianya sangat membosankan.Ditambah lagi dengan tekanan dari dalam jiwa kita ini seperti rasa rindu,tersisih,mengharap dan sebagainya.Ini menambahkan lagi lagi ‘racun’ pada rasa yang sudah sememangnya mati itu.Suasana dan persekitaran sebegini terlalu menyiksakan.Ada masa-masanya(pengalaman sendiri)dengan rutin yang sama setiap hari(terutamanya pada hujung minggu dan hari cuti) dimana anda terpaksa berlegar-legar dalam satu kurungan sempit,berkunci yang terpaksa berhimpit dengan penghuni lain,hidup ini seakan sudah tidak bermakna.Setiap detik jam itu seakan berhenti.Sehari rasanya bagaikan setahun.Lambat.Di luar sana(dunia bebas)semua kebosanan ini tidak begitu dirasai kerana setiap saat ianya terisi dengan pelbagai aktiviti yang mencetuskan kesibukan sehingga sehari itu adakalanya tidak cukup dirasakan untuk menyelesaikan satu-satu urusan.Masa tidak terasa berlalu begitu saja.Ini berbeza dengan keadaan di penjara.Itu yang aku katakan tadi.Tanpa kemudahan,tanpa urusan,tanpa orang-orang tersayang yang mendampingi,rutin yang sama dan serupa,kawalan ketat,tiada hak untuk berbuat sesuka hati merupakan sebahagian daripada kenyataan yang harus diterima setelah anda menjadi banduan dan hidup di dunia disebalik tembok ini.Itulah yang selalu aku sebut di dalam tulisan-tulisan yang aku hasilkan.Hargai segalanya.Kebebasan, keluarga dan sebagainya.Jangan sampai menyesal atas pelakuan-pelakuan bodoh yang membawa kepada penahanan seperti ini.Jika aku sebutkan seperkara yang benar-benar berlaku di dalam blok-blok penahanan itu mungkin anda tidak mempercayainya.Akibat terlalu lama terkurung,tanpa ada apa-apa yang boleh dilakukan di dalam bilik/sel itu,penghuni-penghuninya banyak menghabiskan masa dengan tidur dan termenung.Keadaan yang aku maksudkan tadi ialah dinding-dinding disetiap ruang tidur para penghuninya berbekas hitam(kehilangan cat)yang menunjukkan dinding-dinding itu hanya berfungsi sebagai tempat menyandar oleh penghuni-penghuni di dalam satu-satu blok itu.Bayangkan.Itu menunjukkan betapa ‘siksanya’ kehidupan itu yang hanya dilalui dengan duduk dan termenung tanpa ada apa-apa yang menarik untuk dilakukan.Mampukah anda bertahan terkurung begini
dalam tempoh 24 jam sehari?Bagaimana pula jika hukuman yang diterima bertahun-tahun?Aku merasai semua ini.Kadang-kadang datang juga pertanyaan pada diri sendiri,bagaimana aku mampu bertahan dengan kehidupan seperti ini sedangkan cara hidup yang dulu cukup berbeza dengan apa yang didepani di dalam tembok batu hari ini.Tidak hairanlah disesetengah blok penempatan dindinglah menjadi mangsa melepaskan perasaan dengan pelbagai luahan.Lukisan,puisi,lagu dan kalendar yang penuh dengan simbol x menandakan hari-hari yang berlalu,ungkapan dan kata-kata yang menjurus kepada kerinduan dan keinsafan.Semuanya bergabung menggambarkan betapa hambarnya hidup yang dilalui dan betapa lambatnya masa berjalan untuk menghabiskan seharian itu.Menyentuh tentang hidup di dalam sel terkurung,suasana dan situasi yang aku sebutkan itu adakalanya mengundang gurauan diantara penghuni.Alangkah bagusnya jika tidur itu boleh ditetapkan masanya.Kerana tidur merupakan diantara rutin utama mengatasi kebosanan dan cara mempercepatkan masa dari segi rasa.Kalaulah tidur itu boleh ditetapkan setahun,dua tahun atau berapa lama pun yang kita suka.Masa pasti akan berlalu dengan pantas.Dalam menempuh seharian yang ‘lambat’ itu ianya juga terbahagi kepada beberapa bahagian masa.Maksudnya dalam perlahannya masa yang berjalan dalam sehari itu di penjara,ada waktu tertentu yang lebih perlahan.Bukan aku saja yang berasa sebegini tetapi kepada ramai penghuni lain.Masa-masa diantara jam 7-11am dan 4-9pm adalah masa siksa di sini.Jika tiada aktiviti/program yang berjalan masa-masa ini benar-benar seakan terhenti.Berbanding dengan dunia luar,banyak perkara yang boleh kita lakukan.Banyak tempat yang boleh kita kunjungi yang menyebabkan masa berlalu tanpa disedari.Di penjara?Maaf…Aku telah gambarkan sebelum ini.Tidur, baring, menyandar,mundar mandir dalam ruangan yang terhad.Itulah yang anda akan alami.Mahu?Anda bodoh kalau menjawab ya atau jika ingin mencuba hidup di dunia disebalik tembok ini.Benar,ia menjadi satu kebodohan dengan hanya memikir atau menuturkan keinginan untuk hidup di penjara apatah lagi melakukannya.Bagi yang telah melalui pengalaman ini dan begitulah yang aku rasa,segala-galanya yang dilalui di dalam tembok batu ini adalah satu pengalaman dan pengajaran yang amat mahal harganya.Aku katakan segala-galanya kerana memang itulah hakikatnya.Kerana segala aspek kehidupan yang terdapat di dalam ini adalah berbeza dengan dunia bebas di luar sana.Biarpun pada hakikat nama dan bentuk itu kelihatan serupa(makan,minum,sakit,tidur,ketawa dsb)namun apa yang pasti ianya adalah berbeza.Ini termasuklah juga soal peredaran masa.Jam di penjara dengan
jam di luar sana mungkin sama secara fizikal.Semuanya berdetik pada kiraan saat,minit dan jam.Namun ingat!Ada rasa yang datang dari diri dan pengaruh persekitaran yang membezakan detik-detik perjalanan waktu itu.Sesaat bagaikan seminit,seminit bagaikan sejam,sejam bagaikan sehari dan sehari bagaikan setahun.LAMBAT.Bagi yang mahu menilai dan mencari semula harga diri yang hilang,semua perkara-perkara begini pun(termasuk masa) akan diambil kira.Ini kerana bagi mereka-mereka yang mahu mengambil iktibar dan ingin melakukan perubahan,saat-saat menghabiskan saki baki hukuman itu adalah saat-saat yang memenatkan.Kenapa?Kerana mereka mahu bebas segera bagi menebus kembali kehidupan yang telah dirosakkan di masa lalu.Namun tidak semua begitu.Terdapat juga golongan pesalah yang meletakkan pemenjaraan ini sebagai perkara yang biasa dan tidak memberikan apa-apa kesan.Golongan yang aku maksudkan ini ialah mereka-mereka yang keluar dan masuk sebagai penghuni berulang ke penjara ini(residivis).Ramai yang aku perhatikan malah ada diantara mereka mencapai puluhan kali masuk ke penjara ini dari usia mereka muda hinggalah ke tua.Berpeluang mendekati dan mengenali kumpulan ini aku gunakan sebaiknya untuk bertanya punca kenapa mereka seolah-olah menyukai tempat sebegini.Jawaban dari mereka berbeza-beza.Ada yang menyatakan bahawa mereka tiada pilihan lain untuk meneruskan kelangsungan hidup selain daripada jenayah atas kebencian dan penyisihan ketara dari keluarga dan siapa saja di luar sana.Tidak kurang juga yang memberi alasan bahawa mereka telah mengambil usaha yang cukup untuk insaf namun ‘pengaruh’ kawan dan persekitaran lebih kuat membawa mereka untuk melakukan jenayah berulang.Dan yang paling mengejutkan ada yang secara jujur dan berterus terang mengatakan bahawa mereka memang memilih jalan ini(jenayah) kerana berpendapat kehidupan di dalam penjara yang segala-galanya percuma itu adalah lebih baik berbanding dengan kepayahan hidup yang terpaksa mereka harungi di luar sana.Apa pun jawaban dan alasan daripada pesalah-pesalah berulang ini,apa yang dapat aku simpulkan ialah perkara sebegini tidak harus dibiarkan berlanjutan.Perlu ada usaha berterusan yang lebih ‘sesuai’ bagi menginsafkan golongan ini agar berhenti daripada melakukan jenayah,pulang ke pangkuan masyarakat dan menjauhi penjara.Pasti ada jalannya.Sebagai seorang pesalah dan banduan,aku sering berfikir berdasarkan pengalaman dan lingkungan persekitaran penahanan ini untuk merangka cara dan kaedah walaupun hanya sebagai ‘penyumbang kecil’ ke atas perkara ini.Aku kira bahawa golongan ini bukan hanya bersandar pada jawaban-jawaban sebegitu namun harus memandang pada
rakan-rakan pesalah lain yang dikenakan hukuman berat(penghuni seumur hayat dan hukuman mati) yang begitu ramai di dalam penjara ini.Ia sepatutnya menjadi motivasi.Itu yang aku rasa.Bagaimana mereka-mereka ini(pesalah hukuman mati) dengan pakaian khas berwarna merah dan putih hidup di dalam penjara yang sangat berbeza dengan pesalah biasa yang lain.Sesekali berpeluang melihat mereka ini bergerak untuk tujuan tertentu di dalam tembok batu ini dengan tangan bergari serta kawalan yang sangat ketat menjadikan hati jadi gerun walaupun aku juga pesalah dan penghuni tempat ini.Ia penyuntik kesedaran dan motivasi kepada diri sendiri.Walaupun sama-sama berada di penjara namun dikira bernasib baik kerana masih ada ruang kebebasan biar pun masa yang berjalan itu rasanya terlalu perlahan.Membuat perbandingan dengan 2 kelompok pesalah ini(pesalah seumur hayat dan hukuman mati) memberikan aku lebih kekuatan dan keinsafan untuk menilai pada kesilapan-kesilapan sendiri yang pernah dilakukan dan menyedari bahawa ada tingkah laku atau perbuatan itu yang mampu melenyapkan terus nilai sebuah kehidupan yang dijalani ini.
Dalam melayari saat-saat lesu sebuah kehidupan di sebalik tembok batu ini,para penghuninya terpaksa membuat penyesuaian dan pengubahan bagi memenuhi kehendak serta mengatasi kebosanan sehingga sebahagian daripada tindakan penyesuaian itu membentuk sub-budaya dalam penjara kerana tempoh penahanan yang lama serta kebiasaan yang boleh membentuk acuan pelakuan banduan itu sendiri.Namun dalam apa jua perkara yang berlaku di dalam penjara ini.Susah,senang,pahit dan manis ceritanya,seperkara yang sesungguhnya memberi kesan yang sangat berbisa ialah,sehari di sini bagaikan setahun lamanya……
Dapatkan versi penuh kisah kehidupan di penjara di dalam buku Dunia Disebalik Tembok yang bakal diterbitkan kelak..Layari dari masa ke semasa myharapyb.blogspot.my atau email ke myharap.malaysia@gmail.com bagi mendapatkan maklumat terkini.

Tuesday, May 10, 2016
Kenanglah Kembaramu (Buat seorang sahabat Mohd Nur Makbul)
Ku kirakan..
wajar cukup buatmu
meneroka,merasa dan membaca
sewaktu kau singgah ke ruangku
yang telah bermusim lama ku mukimi
kunjungan itu tiada ku alukan sebenarnya
kerana ia bukan satu pilihan
jika hanya kerinduan
atau sekadar bersembang…
Terokalah kembara sebentarmu itu
dengan ketajaman..
ketika kau datang dulu
aku menangis
memandang wajahmu yang kelam dan kusut
ketika kau pulang kelmarin
aku juga menangis
melihat wajahmu yang telah putih dan pulih
dan..
aku yang masih tinggal
bersama harapan yang kau bawa
semoga ada perkhabaran
yang memberi tawa…
H.R Nafie@Yb

Memo Untuk Datuk
Datuk,
itu sebuah kota yang telah lama
dulu wajahnya serabut ditampar
ketinggalan..
warganya dulu penuh dengan amarah
persis pahlawan….
Antara bumbung dan lantainya
terlalu jarang ditinjau
terlalu renggang jaraknya…
Ini satu anugerah Datuk
kalian telah menukar alas
kemenangan memimpin kota
telah memacakkan tiang
dan dindingnya…
sehingga sebebas-bebasnya
pembangunan menziarah
hingga tiada lagi tersipu
dengan nama kota itu…
semakin anggun
semakin ayu
wajah kota
wajah warga
kerana penerajunya
adalah nama-nama gah
yang sabar menggilap intan
yang ikhlas meredah lumpur
Bukan hanya lakonan
sebuah kepimpinan
tiada sekadar lakaran
sebuah perancangan
dan kota ini pasti terus bersinar
didasar fikir dan pena kuasa
di jejarimu Datuk………
Mohd Khanafeh Rashkin / H.R Nafie@Yb
itu sebuah kota yang telah lama
dulu wajahnya serabut ditampar
ketinggalan..
warganya dulu penuh dengan amarah
persis pahlawan….
Antara bumbung dan lantainya
terlalu jarang ditinjau
terlalu renggang jaraknya…
Ini satu anugerah Datuk
kalian telah menukar alas
kemenangan memimpin kota
telah memacakkan tiang
dan dindingnya…
sehingga sebebas-bebasnya
pembangunan menziarah
hingga tiada lagi tersipu
dengan nama kota itu…
semakin anggun
semakin ayu
wajah kota
wajah warga
kerana penerajunya
adalah nama-nama gah
yang sabar menggilap intan
yang ikhlas meredah lumpur
Bukan hanya lakonan
sebuah kepimpinan
tiada sekadar lakaran
sebuah perancangan
dan kota ini pasti terus bersinar
didasar fikir dan pena kuasa
di jejarimu Datuk………
Mohd Khanafeh Rashkin / H.R Nafie@Yb
HORMATI UNDANG-UNDANG
Artikel ini dipetik daripada satu bab yang terdapat dalam buku’ DUNIA DISEBALIK TEMBOK(WORLD BEHIND THE WALL)’.Paparan ini adalah sebagai satu perkongsian keatas perkara-perkara yang diharap boleh membawa kebaikan kepada semua pihak.
Penghantar
-Sharmeyla-
Waris Penulis
HORMATI UNDANG-UNDANG
Sebelum melangkah lebih jauh kepada isu dan tajuk lain di dalam buku ini,aku ingin menyentuh atau mengupas sedikit seperkara yang aku sifatkan cukup penting untuk disebarkan atau sebagai satu bentuk peringatan kepada semua orang agar menjadikannya satu pegangan dan meletakkannya diantara perkara terpenting yang seharusnya berada pada senarai teratas diantara pilihan atau ratusan aspek-aspek lain. Jangan hanya sibuk mengejar wang dan harta,makan minum,sosial,ekonomi dan wanita(perkara-perkara ini biasanya menjadi keutamaan kepada manusia).Penumpuan yang keterlaluan ke atas perkara-perkara lain sehingga mengenepikan terus perkara yang berkaitan dengan undang-undang apatah lagi terus mengabaikannya bakal mengundang malapetaka yang bukan kecil kesannya.Pertama yang bakal muncul atas kelalaian ini akan memberikan sejuta sesalan untuk seumur hidup kita.Aku berani menyatakan begini kerana inilah realiti yang terpampang di depan mata,yang terhidang di laman rasa pada satu fasa realiti kehidupan setelah di penjarakan.Aku terpanggil untuk menyelitkan tajuk ini kerana cukup menyedari bahawa setiap nadi yang sedang berdenyut,setiap keluhan yang mengiringi titik airmata dan pada setiap jasad banduan yang berada di dalam penjara ini adalah disebabkan pelanggaran keatas undang-undang.Semua sekali.Tiada seorang pun penghuni atau banduan yang sedang ‘tersungkur’ di sesebuah penjara itu atas sebab yang yang lain selain daripada berbuat salah dan gagal mematuhi undang-undang.Bermakna semua mereka gagal untuk menghormatinya pun.Ini termasuk kepada diri aku sendiri.Pada setiap kesalahan dan jenayah itu hanya berkisar kepada undang-undang.Tidak kira besar atau kecil.Jenayah seksual,keganasan atau komersial asalkan menyongsangi peraturan yang telah termaktub di dalam undang-undang itu sudah dianggap salah.Mahkamah adalah kuasa
pemutus kepada penetapan undang-undang itu dan terhumbanlah anda ke dunia batu ini.Dunia yang menghimpunkan segala penjenayah dengan tujuan untuk penahanan,pemenjaraan,pengajaran dan pemulihan agar semuanya kembali pada asas-asas terpenting dalam kehidupan yang termasuk diantaranya ialah menghormati undang-undang dengan mematuhinya.Pematuhan adalah kaedah penghormatan terbaik kepada undang-undang itu.Aku cukup yakin semua orang tahu apa itu undang-undang.Ianya gabungan pelbagai peraturan yang diwajibkan untuk diikuti.Merompak dan mengedar dadah itu adalah salah disisi undang-undang.Ada terma-terma peraturan tertentu yang menyebut tentang ini.Semua itu kita tahu.Begitulah juga kepada perbuatan jenayah yang lain.Aku yakin kita selaku pelaku kepada perbuatan-perbuatan jenayah itu lebih daripada tahu bahawa apa yang kita perbuat pada masa itu adalah salah disisi undang-undang dan akan menerima hukuman jika tertangkap.Namun dalam kita mengetahui semua itu kita masih meneruskan kegiatan jenayah tersebut.Kenapa?Ini adalah kerana kita beranggapan undang-undang itu boleh diperkotak-katikkan dan merasakan bahawa kita mampu mengalahkan setiap pelaksana atau penguatkuasa setiap undang-undang itu dan mencuba untuk terlepas daripada tindakan.Pandangan serta tanggapan yang begini adalah jelas yang kita tidak menghormati undang-undang itu.Apa yang berlaku selepas itu ialah undang-undang membuktikan bahawa kita tidak mampu melarikan diri atas setiap perbuatan salah yang dilakukan.Allah juga menunjukkan pembalasan dan keadilan pada soal-soal kebaikan dan kejahatan itu.Ini kerana selain daripada peraturan dan undang-undang dunia,setiap perbuatan yang jahat itu juga ternyata telah melanggar satu lagi peraturan yang terbesar iaitu peraturan yang telah Allah gariskan kepada kita selaku hamba di muka bumi ini.Lalu pengakhiran kepada semua itu di dunia ini ialah apa yang berlaku kepada semua yang berada di penjara dan bergelar banduan.Kebebasan yang yang begitu besar telah mengecil dengan begitu ketara apabila dihimpunkan disebuah dataran kaku yang berada disebalik tembok batu yang berkawad duri itu.Sepertimana yang pernah disebut bahawa undang-undang yang telah diwujudkan sejak zaman dulu yakni dari zaman Kesultanan Melayu sehinggalah ia mengalami perubahan demi perubahan yang melalui pelbagai zaman termasuk era penjajahan bangsa asing keatas negara kita ini yang disesuaikan dengan kehendak dan kepentingan mereka lalu undang-undang itu terus berkembang dan diperhalusi,diperbaiki serta digubal sehinggalah kita telah
merdeka.Penggubalan semua undang-undang ini bermakna pengwujudan mahkamah tertentu yang dikhususkan sebagai kuasa pemutus keatas semua undang-undang yang diwujudkan itu.Kepelbagaian jenis dan peringkat mahkamah itu seperti mahkamah-mahkamah rendah iaitu Mahkamah Majistret dan Seksyen,Mahkamah Tinggi,Mahkamah Rayuan,Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Agung.Semua intitusi mahkamah ini ditubuhkan bagi melengkapkan sistem perundangan yang terdiri daripada penguatkuasaan,pelaksanaan serta penjatuhan hukuman keatas satu-satu kesalahan jenayah oleh kuasa-kuasa tertentu di mahkamah itu(hakim)lalu pengakhiran kepada semua itu ialah pelaksanaan hukuman mengikut tempoh yang telah diputuskan di dalam tembok batu ini.Proses yang begini lengkap dan tersusun walaupun ada waktunya pertikaian ataupun permuktamadan keatas satu-satu kes yang melibatkan undang-undang memakan bertahun-tahun untuk diselesai dan diputuskan.Ini adalah normal kerana pemutus undang-undang itu sendiri(hakim dan mahkamah)perlu berhati-hati dalam melaksanakan peranannya agar tiada sebarang kesilapan dalam memberikan keputusan keatas sesuatu kes(khususnya kes-kes berat)kerana ianya melibatkan nyawa dan kepentingan banyak pihak.Walaubagaimanapun,semua perkara-perkara yang disebutkan tadi yang melibatkan pengwujudan sesuatu undang-undang itu pastinya ada tujuan tertentu dan jelas bahawa tujuan sebenar undang-undang itu ialah untuk mengimbangi dan menstabilkan sistem hidup rakyat dan masyarakat pada sesebuah negara.Tanpa undang-undang sesebuah masyarakat dan negara itu akan kucar kacir.Dalam keadaan tertentu sekalipun terdapat undang-undang yang seharusnya digunapakai namun tidak dikuatkuasakan dengan baik atau gagal untuk dilaksanakan akibat keadaan(darurat,peperangan)sedikit sebanyak akan mengguggat keharmonian dan keamanan.Lihatlah pada negara-negara luar yang sedang bergolak dengan kekacauan.Negara-negara ini sebenarnya wujud berdasarkan undang-undang yang memang telah sedia ada dan telah sekian lama di dalam negara mereka.Namun kegagalan untuk rakyat atau pemerintahnya menghormati undang-undang itu sendiri menyebabkan keadaan menjadi huru hara.Negara kita yang aman ini pun pernah melalui detik-detik seperti ini(demonstrasi dll) namun atas kebijaksanaan kerajaan semua perkara-perkara yang mampu ‘membakar’ negara ini dapat dibanteras dengan segera menggunakannya(undang-undang itu).Tujuan sebenar keatas semua kewujudan undang-undang dan apa jua sistem yang terlibat di dalamnya adalah untuk
memelihara keharmonian,keamanan dan kemakmuran negara ini.Lihat pula pada sekelompok manusia yang gagal untuk menghormati dan sentiasa melakukan pelanggaran keatas undang-undang.Kita golongan penghuni kota batu bernama penjara ini.Pandang dan rasalah bagaimana hidup ini terpaksa dijalani dengan cara yang tidak menyenangkan seperti ini.Semuanya berkisar tentang kualiti hidup,maruah dan masa depan.Segala-galanya terpaksa diperjudikan.Tanpa ada kepastian.Bergelar banduan memberikan isyarat kepada semua orang bahawa kita pernah melakukan jenayah.Tidak kiralah apa jenis jenayah.Ringan atau berat.Hukuman lama atau singkat.Semua itu bakal mengundang persepsi negatif daripada orang lain.Kita harus terima semua dengan hati terbuka.Ini kerana kita harus menyedari bahawa punca kepada semua ini adalah kegagalan untuk mematuhi undang-undang yang kita sebenarnya sangat arif bahawa ianya harus dipatuhi.Kita telah ditekankan dengan semua pengetahuan ini sejak kecil.Aku yakin setiap pesalah yang mendapat pembalasan daripada jenayah-jenayah mereka itu tahu bahawa ketika mereka melakukan sesuatu perbuatan jenayah itu semuanya salah dan tidak dibenarkan.Namun mereka masih memilih untuk meneruskan kerja-kerja jahat itu.Lalu beginilah pengakhirannya.Ditempat seperti penjara ini dimana semua kebebasan dulu diragut juga mempunyai undang-undang tersendiri.Walau dalam dunia yang begini sempit,dunia dimana pandangan hanya pada tembok,langit dan besi ini.Dunia yang dipenuhi dengan pintu-pintu dan jeriji yang sentiasa tertutup dan berkunci ini juga beroperasi serta berfungsi berlandaskan kepada undang-undang yang tertentu dan telah termaktub di dalam perlembagaan.Ia dinamakan sebagai Peraturan-Peraturan Penjara Tahun 2000.Di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang merangkumi semua aspek yang melibatkan peraturan-peraturan yang patut diikuti oleh semua warga samada pegawai atau penghuni.Aku ingin menyentuh peraturan /undang-undang yang dikhususkan kepada penghuni/banduan yang mempunyai 17 jenis kesalahan besar dan 50 jenis kesalahan kecil.Tujuan semua peraturan ini adalah untuk membina dan memantapkan semula aspek kemanusiaan yang melibatkan disiplin dan jati diri kepada manusia yang sentiasa menghormati undang-undang sebagai mempersiapkan mereka untuk menempuhi dunia kebebasan semula yang sebelum ini undang-undangnya sentiasa dilanggar dan tidak dihormati.Dengan penerapan elemen disiplin dan kebiasaan mematuhi peraturan dan undang-undang di dalam penjara ini juga diharap
dapat menukar sifat-sifat yang dianggap ‘jahat’ yang ada di dalam diri sebelum ini kepada sifat-sifat yang lebih murni agar pengulangan keatas pelakuan-pelakuan jenayah lepas dapat diminimumkan.Walaubagaimanapun,apa yang telah menjadi lumrah walau dimana-mana pun di dalam dunia ini.Apa jua jenis dan bentuk peraturan/undang-undang yang diwujudkan itu pasti ada kegagalan pematuhan keatasnya.Ini biasa.Begitulah juga dibalik tembok batu ini.Dalam begitu kuat dan ketat penekanan keatas penguatkuasaan undang-undang yang ada di dalamnya,pada masa yang sama ada juga penghuninya yang gagal untuk menghormati peraturan dan undang-undang itu.Mereka melakukan pelanggaran keatas mana-mana diantara 17 kesalahan besar dan 50 kesalahan kecil yang telah termaktub itu.Seperti juga di dunia luar,jika perkara-perkara sebegini berlaku maka pengambilan tindakan dan hukuman keatas pelakunya tidak dapat dielak.Melakukan apa jua kesalahan di dalam penjara ini hanya akan menyusahkan diri.Hidup yang sedia terbatas ini akan menjadi lebih sukar apabila terpaksa melalui proses pengasingan di bilik-bilik kecil(bagi tujuan siasatan dan menyedarkan)mereka.Penambahan tempoh hukuman dan banyak lagi bentuk-bentuk kesusahan yang terpaksa diterima.Ini semua akan menjejaskan penilaian keatas sikap yang akan diambil kira dalam memutuskan kelayakan untuk kebebasan awal melalui sistem parol yang dilaksanakan oleh pihak penjara.Kesimpulannya,undang-undang itu tidak harus diperlekehkan walau dimana jua kita berada khususnya pada anda yang masih menikmati makna kebebasan di luar sana.Jangan terlalu selesa dengan apa yang anda kecapi hari ini jika anda merasakan bahawa anda tergolong di dalam kalangan manusia yang sentiasa melakukan pelanggaran keatas undang-undang.Kegagalan untuk menghormatinya akan membawa padah dan padah yang datang itu bakal memberikan penyesalan yang tidak terhingga kepada anda selamanya.Kepada para penghuni,latihlah diri dengan menghormati undang-undang semasa penahanan ini.Pasti esok hidup anda akan lebih cerah apabila dibebaskan kelak.
*Dapatkan versi penuh kisah kehidupan di penjara di dalam buku Dunia Disebalik Tembok yang bakal diterbitkan kelak..Layari dari masa ke semasa myharapyb.blogspot.my atau email ke myharap.malaysia@gmail.com bagi mendapatkan maklumat terkini.

Subscribe to:
Comments (Atom)